• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dituduh Suka Kaum Sejenis, Hafiz Disuruh Tutup Komen IG

oleh AK-47
20/08/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEBERAPA hari kebelakangan ini umum sudah mengetahui kemelut yang berlaku dalam rumah tangga penyanyi Hafiz Hamidun dan isterinya, Joy Revfa.

Terbaru, peminat kedua-duanya mula ‘berperang’antara satu sama lain di ruangan komen Instagram (IG) masing-masing.

Malah, pada salah satu entri yang dimuat naik Hafiz, pelbagai tohmahan dan kecaman dilemparkan sehingga ada yang menuduhnya bukan lelaki sejati dan sukakan kaum sejenis.

Bagaimanapun, ada pengikut yang prihatin dengan situasi dihadapi Hafiz dan menasihatkan penyanyi lagu ketuhanan itu menutup ruangan komen untuk mengelakkan lebih banyak fitnah dilemparkan.

Terdahulu, Joy mendakwa Hafiz mengaibkan dirinya apabila menjaja cerita ‘dalam kelambu’ mereka kepada orang luar.

“Selama ini, saya berdiam diri dan bersabar kerana ingin menjaga statusnya sebagai ‘ustaz penyanyi’, tetapi apabila diberitahu dia (Hafiz) menjaja cerita dalam kelambu, tiba masanya saya bersuara.

“Dia menghebahkan cerita tidak pernah ‘menyentuh’ isteri dari malam pertama hingga sekarang kepada orang luar. Sudah tentu keluarga meminta saya bertindak mempertahankan maruah diri.

“Saya tidak akan bersuara jika bukan dia yang memulakannya. Apa niat dia memutar belit cerita dan membuka aib tidak pernah menyentuh saya? Kenapa harus memberitahu seluruh alam mengenai perkara itu?” katanya seperti yang dilaporkan BH Online.

Sementara itu, kakak kepada Joy pula dalam satu kenyataan di media sosial mempertahankan adiknya dengan menyatakan Joy tidak sempat ‘berkenalan lanjut’ dengan suaminya kerana mereka tinggal sebumbung hanya enam hari sahaja.

Apa-apa pun, orang luar termasuklah kaum keluarga mereka berdua tidak sepatutnya masuk campur dalam hal mereka suami isteri.

Kan lebih bagus jika segala permasalahan dibincangkan secara privasi dan di luar ruangan public seperti media sosial?

Joy yang mempunyai seorang anak daripada perkahwinan terdahulu diijabkabulkan dengan Hafiz di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Shah Alam, pada 1 Mei lalu. – MYNEWSHUB.CC

Tags: hafiz hamidunjoy revfa
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hafiz Menang Saman Kamdar, Mahu Jadi Pengajaran

17/05/2018
0

DISEBABKAN namanya telah disalahgunakan oleh sebuah syarikat tekstil terkenal, penyanyi Hafiz Hamidun mengambil keputusan untuk membawa kes itu ke muka...

Hafiz Hamidun ‘Dirisik’ Ramai Wanita, Tapi…

17/04/2018
0

SEJAK menjalani kehidupan sebagai duda selepas bercerai dengan pengasas Merve Cosmetic, Joy Revfa, penyanyi nasyid terkenal iaitu Hafiz Hamidun tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd