• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahkamah Jenayah Seksual Kanak-Kanak Diperluas

oleh AK-47
20/08/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Mahkamah Khas Jenayah Seksual Kanak-Kanak akan diperluaskan secara berperingkat ke seluruh negara tahun ini, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

Beliau berkata setakat ini dua negeri telah dikenal pasti untuk diwujudkan mahkamah tersebut.

“Mahkamah khas berkenaan sebelum ini hanya membicarakan kes di Wilayah Persekutuan dan Selangor.

“Jadi, kita akan perluaskan bagi mempercepat proses perbicaraan dan memberi keselesaan kepada mangsa iaitu kanak-kanak dalam memberi keterangan,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran program ‘Tribute To Women’ dan kempen menangani keganasan terhadap wanita, di sini hari ini.

Rohani berkata setakat ini, mahkamah khas yang beroperasi di Istana Kehakiman, Putrajaya sejak Julai lalu menerima 60 kes bagi kes-kes yang didaftarkan di sekitar Putrajaya, Kuala Lumpur dan Selangor.

“Kes kanak-kanak ini, jika nak diadili di mahkamah biasa itu memang tidak sesuai disebabkan anak-anak (mangsa) akan berada dalam keadaan trauma, malah kita sendiri juga tidak selesa sekiranya berada di dalam mahkamah,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Rohani Abdul Karim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahkamah JSKK Sarawak Mahu Pantas Selesai Kes

19/04/2018
0

KUCHING - Mahkamah Jenayah Seksual Kanak-Kanak (JSKK) Sarawak menetapkan sasaran untuk menyelesaikan kes-kes jenayah seksual terhadap kanak-kanak dalam tempoh enam...

Lelaki Mangsa Keganasan Rumah Tangga Perlu Tampil

01/04/2018
0

ISKANDAR PUTERI – Kaum lelaki yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga diminta tampil membuat laporan polis bagi mendapatkan pembelaan dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd