• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Konon Tak Sedar Hamil, Buang Bayi Luar Pangsapuri

oleh
20/08/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON DC – Seorang wanita Amerika Syarikat (AS) dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membuang bayi dan menyebabkan mangsa mengalami kecederaan serta.

Tertuduh berdepan dengan hukuman penjara sehingga 20 tahun jika disabitkan kesalahan. Daily Mail melaporlan bahawa suspek telah membuang anak yang baru dilahirkannya di atas batas tanaman bunga.

Insiden itu terjadi berdekatan dengan pangsapuri kediamannya di Houston, Texas pada pukul 11.30 malam, Rabu lalu.

Pendakwa raya telah memberi penjelasan bahawa Sidney telah melahirkan bayinya itu di dapur serta menyentap urinya sehingga putus dan hanya membiarkan bayi kecil itu terdedah di atas batas tanaman bunga.

Alasannya mudah sahaja, bimbang jika teman lelakinya itu tidak dapat menerima kehadiran bayi tersebut. Orang awam yang juga penduduk setempat telah melaporkan tentang kejadian itu kepada pihak polis.

Menurut Albert Peterson, iaitu penduduk setempat di sana berkata, dia terdengar tangisan bayi dan terus memeriksa keadaan sekeliling dan mendapati bayi kecil itu sedang dihurung semut pada keeseoakn hari kejadian.

Peterson telah membersihkan bayi itu dan melaporkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

Pihak polis telah mendapati ada tompokan kesan darah dekat kawasan berdekatan dan menjejak hala tuju kesan darah tersebut seterusnya menghala ke pangsapuri yang didiami oleh Sidney dan teman lelakinya, Skillern.

Menurut Sidney ketika perbicaraan kali kedua di mahkamah Daerah Harris, dia memberitahu tidak tahu ketika itu dia mengandung serta tidak mahu melihat bayinya dan panik ketika dia tiba-tiba melahirkan bayi itu.

Kata pendakwa raya lagi, Sidney dalam keterangan tersebut mengatakan bahawa dia sememangnya dapat merasa pergerakan bayi di dalam rahimnya sebelum dia sendiri terkejut ketika ianya terkeluar dan jatuh di lantai dapur pangsapuri yang didiaminya.

Dia juga telah mengaku menyentap uri bayi itu sehingga terputus dan membiarkan sahaja mangsa berada dalam keadaan terdedah tanpa dibalut dengan kain di luar rumah.

“Dia menjelaskan dengan terperinci bagaimana kejadian itu berlaku dan apabila dia tanya mengenai jantina bayi, dia menjawab ‘perempuan’.

“Selepas melahirkan bayi, Sidney terus membawa mangsa keluar tanpa membalutnya dan juga telah menyentap urinya sehingga terputus,” katanya.

Ulas mahkamah lagi, Sidney juga telah pulang ke rumah serta membersihkan dapur rumahnya dan terus tidur. Sidney juga merupakan seorang pelajar dan hanya bekerja di kedai runcit serta masih menetap bersama ibunya.

Akibatnya, bayi itu berisiko untuk mengalami pendarahan dan boleh menyebabkan maut serta jangkitan kuman yang merbahaya.

Bayi itu kini sedang berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kanak-Kanak Texas untuk menerima rawatan kerana telah dijangkiti kuman, malahan mengalami masalah denyutan jantung yang laju.

Namun, teman lelakinya, Deandre Skiller berasa terkejut kerana dia sendiri tidak mengetahui bahawa teman wanitanya itu sedang mengandung. Skiller juga ingin melakukan ujian DNA untuk memastikan bayi itu sah anaknya.

Kini, dia juga sedang bersaing dengan ibu Sidney, Tina untuk mendapatkan hak penjagaan bayi itu. Namun, menurut hakim, sehingga kini, mahkamah masih menyerahkan bayi itu dijaga di bawah jagaan badan kebajikan.

Hakim membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak AS$20,000 (RM85,770) sementara menunggu tarikh perbicaraan seterusnya. – MYNEWSHUB.CC/Ainaa Hafizah

http://video.dailymail.co.uk/video/mol/2017/08/11/8078601130205924541/640x360_MP4_8078601130205924541.mp4
Tags: buang bayi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Giat Kesan Suspek Buang Bayi Di Kedai Jual Ayam

Polis Giat Kesan Suspek Buang Bayi Di Kedai Jual Ayam

09/07/2023
0

KEMAMAN: Polis masih giat mengesan suspek yang dipercayai membuang bayi perempuannya di atas lantai sebuah kedai menjual ayam di kawasan...

Mayat Bayi Perempuan Dijumpai Dalam Longgokan Sampah

25/10/2021
0

BUTTERWORTH - Mayat bayi perempuan cukup sifat yang baru dilahirkan ditemukan dalam longgokan sampah di tong sampah di kawasan Flat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd