• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Era Fm Tak Putar ‘Segala Harapan’ Siti Nurhaliza?

oleh
20/08/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SIAPA tidak kenal dengan penyanyi tersohor nombor satu negara Dato’ Siti Nurhaliza Tarudin yang mempunyai suara merdu bak buluh perindu.

Baru-baru ini menerusi laman Twitter, Siti Nurhaliza dilihat tiba-tiba menyuarakan hasratnya kepada salah sebuah stesen radio tempatan untuk memutarkan lagu baharunya telah berjaya menarik perhatian ramai.

Perkara itu adalah berikutan lagu tersebut sebenarnya telah pun dilancarkan secara rasmi pada April lalu namun peliknya masih belum dimainkan di stesen radio Era FM milik Astro berkenaan.

“@ERA_fm, Salam hormat kepada seluruh warga kerja Era. Saya nak buat permintaan lagu Segala Perasaan. Budi baik kalian, saya & Sitizoners hargai,” tulisnya dipetik mStar online.

Status luar biasa tersebut dilihat telah mendapat lebih daripada 100 kali repost daripada para peminat tegar Siti Nurhaliza iaitu Siti Zoners.

Walau bagaimanapun, status tersebut telah mendapat jawapan balik daripada pihak Era Fm semula.

“Terima Kasih Dato’. Lagu Segala Perasaan masih dalam Carta Lagu baru nak up. Sitizoners perlu teruskan meminta lagu ini & mengundi di Era.fm :),” balas stesen radio tersebut.

Balasan komen yang diberikan itu secara tidak langsung telah mendapat reaksi yang pelbagai di mana rata-rata antara mereka menganggap ia tidak adil kerana lagu artis baru dikatakan lebih mendapat perhatian.

Dalam pada itu, terdapat juga segelintir peminat yang mengatakan sudah melakukan undian dan permintaan sejak Jun lalu namun lagu tersebut masih berada di tempat yang sama.

Segala Perasaan adalah ciptaan Ivan Lahardika dan merupakan antara salah satu lagu yang termasuk dalam album ke-17 Siti yang berjudul SimetriSiti.

Sebenarnya, isu seperti ini sudah menjadi perbualan sejak dahulu lagi sehinggakan artis baru menggunakan medium YouTube untuk mempromosi hasil karya dan bakat masing-masing. – MYNEWSHUB/AmyMaizura

Tags: Datuk Siti NurhalizaERA fmlagu baharu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pengendali Stesen Radio Era FM Dikompaun RM250,000

Pengendali Stesen Radio Era FM Dikompaun RM250,000

11/03/2025
0

CYBERJAYA - Pengendali stesen radio Era FM, Maestra Broadcast Sdn Bhd dikompaun RM250,000 bagi kesalahan memuat naik kandungan jelik melampau di...

Siti Nurhaliza Mahu Dana Untuk Anak Seni Diwujudkan

23/10/2018
0

KUALA LUMPUR - Penyanyi tersohor negara Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin berharap Bajet 2019 yang akan dibentangkan pada 2 Nov...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd