• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

VPCM Lancar Akademi Automotif Volkswagen

oleh AK-47
18/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Akademi Automotif Volkswagen Passenger Car Malaysia (VPCM) yang baru ditubuhkan bertujuan melahirkan tenaga kerja teknikal bertaraf global, mampu menangani cabaran dalam industri automotif.

Terletak di Glenmarie, Shah Alam, akademi tersebut yang mempunyai keluasan 14,117 kaki persegi, lengkap dengan pelbagai kemudahan untuk menjalankan latihan jualan dan selepas jualan (teknikal dan bukan teknikal), kata Pengarah Urusan VPCM Erik Winter.

“Akademi itu mampu menampung sehingga 150 pelatih yang akan menjalani program latihan intensif meliputi produk dan perkhidmatan Volkswagen yang dikendalikan oleh 13 kakitangan terlatih,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran akademi itu di sini hari ini.

Selain itu, pelatih akan diajar pelbagai kemahiran jualan, simulasi teknikal, diagnostik dan fungsi.

Akademi tersebut turut dilengkapi dengan empat ruang penyenggaraan dan dua pusat perkhidmatan teknikal, mesin penjajaran roda, latihan sistem papan elektronik, sistem diagnostik dan alat untuk memberi pelatih pengalaman pembelajaran secara langsung.

“Terdapat juga bilik khas untuk pengurusan sistem alat ganti dan pelatih akan menjalani latihan secara praktikal dan simulasi untuk mengurus, menyimpan dan mengkategorikan alat ganti dan peralatan,” kata Winter.

Akademi tersebut turut mempunyai dewan serba guna dan enam kelas.

Winter berkata akademi itu menjadi bukti kepada komitmen VPCM untuk terus meningkatkan, mengembangkan dan membimbing tenaga kerja tempatan dan pengedar.

“Ini adalah antara langkah utama yang diambil VPCM untuk mendukung falsafahnya bagi memberi perkhidmatan yang berkualiti dan dengan nilai tambah kepada pelanggan,” katanya.

Volkswagen menjual sebanyak 3,164 kereta penumpang bagi tempoh Jan-Julai 2017, dengan Polo dan Vento menjadi model paling laris. – BERNAMA

Tags: Akademi Automotif Volkswagen
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd