• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahdzir Mahu Sekolah, PPD, JPN Tindak Tegas

oleh AK-47
18/08/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PADANG TERAP – Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid mahu pejabat pendidikan daerah. jabatan pendidikan negeri dan sekolah yang terlibat dalam insiden pelajar memukul guru dengan kerusi pada Jumaat lalu mengambil tindakan tegas agar perkara tersebut tidak berulang.

Katanya perbuatan itu tidak seharusnya berlaku di sebuah sekolah.

“Saya masih belum dapat laporan penuh berkaitan kes terbabit, jadi belum tahu keadaan sebenar yang menyebabkan perkara itu terjadi. Tetapi kalau mengikut peraturan sekolah, pelajar terbabit tetap bersalah kerana memukul guru,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau ditemui selepas selepas perasmian Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Padang Terap yang disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah yang juga Pengerusi UMNO Kedah.

Mengulas lanjut, Mahdzir berpandangan terdapat banyak faktor yang menyebabkan seseorang bertindak di luar kawalan termasuk pengaruh teknologi maklumat dan persekitaran.

“Pengaruh-pengaruh ini berbahaya terutamanya dalam kalangan pelajar sekolah kerana ia boleh menyumbang kepada berlakunya kes-kes yang tidak diingini seperti kes murid pukul guru ini,” katanya.

Dalam kejadian 11 Ogos lalu, seorang guru wanita mengalami keretakan jari tangan selepas dipukul dengan kerusi oleh seorang pelajar tingkatan dua.

Pelajar tersebut dikatakan tidak puas hati selepas ditegur oleh guru berkenaan kerana menggunakan kata-kata kasar di dalam kelas. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mahdzir Khalid
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Projek Solar: Mahdzir Selesai Keterangan Di SPRM

30/11/2018
0

PUTRAJAYA – Bekas Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, selesai memberi keterangan selama tiga jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan...

Agenda PH Lebih Cenderung Perjuangan DAP

30/06/2018
0

KERAJAAN Pakatan Harapan (PH) dijangka tidak dapat mengelak daripada perjuangan parti komponennya, DAP

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd