HANGZHOU – Mahkamah khas pertama khusus untuk tangani kes berkaitan Internet dibuka di hub e-dagang Hangzhou hari ini, lapor agensi berita China Xinhua.
Mahkamah Internet Hangzhou akan mengendalikan kes termasuk pertikaian perdagangan dalam talian dan tuntutan hak cipta, perbicaraan akan dibuat secara dalam talian.
Majlis pelantikan presiden, naib presiden dan hakim mahkamah berlangsung semalam.
Hangzhou menempatkan banyak syarikat Internet, termasuk syarikat e-dagang gergasi Alibaba.
Laporan terbaharu Pusat Maklumat Rangkaian Internet China menunjukkan pada akhir Jun, negara itu mempunyai kira-kira 751 juta netizen dan 724 juta pengguna Internet mudah alih.
Mahkamah itu diwujudkan memandangkan rakyat di China semakin ramai berbelanja dan membuat urusan pembayaran secara dalam talian, ia sekaligus dapat memberikan jaminan dari segi undang-undang kepada pengguna, mengekalkan keselamatan siber serta menyelesaikan pertikaian dalam talian. – BERNAMA