• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Usahawan Makanan Patuh Piawaian, Peroleh Sijil Halal

oleh Ahmad Albab
18/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Usahawan dalam talian terutamanya yang mengusahakan produk makanan digalakkan agar mematuhi dan mengaplikasi piawaian antarabangsa serta pensijilan halal bagi menembusi pasaran luar negara.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Datuk Ahmad Maslan berkata pematuhan terhadap piawaian tersebut dilihat sebagai batu loncatan kepada usahawan untuk meningkatkan sistem jaminan keselamatan makanan sesuatu produk agar lebih berdaya saing pada peringkat antarabangsa.

“Saya mengesyorkan usahawan dalam talian mahupun premis jualan atau jualan langsung agar mempunyai piawaian utama tersebut kerana ia produk akan lebih menjadi pilihan pengguna.

“Misalnya jika seseorang usahawan ataupun syarikat itu mempunyai sijil halal, pasarannya akan lebih luas kerana kesedaran pengguna di luar negara terutamanya negara maju mengenai sijil halal amat tinggi ketika ini,” katanya selepas melawat kilang West Food Industries Sdn Bhd dekat Mergong, hari ini.

Antara piawaian tersebut ialah Sijil Analisis Bahaya dan Titik Kawalan Kritikal (HACCP), pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI) dan pensijilan ISO.

Sementara itu Ahmad Maslan turut memuji syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Wetra Food Industries yang berjaya melebarkan sayap menembusi pasaran antarabangsa seperti China, Myanmar, Rusia dan Indonesia melalui pelbagai produk minuman dan kopi paket.

Sehubungan itu, beliau menyeru usahawan PKS di seluruh negara agar turut mematuhi piawaian yang ditetapkan agar berkeupayaan untuk mengeksport lebih banyak produk ke luar negara.

Beliau berkata kerajaan melalui Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dan MITI sendiri akan sentiasa memberikan bantuan seperti membawa produk keluaran PKS ke pameran tertentu untuk dipromosikan.

“SMECorp pula akan terus selaras aktiviti 16 kementerian dan 65 agensi untuk membantu semua usahawan PKS yang berjumlah 905,000, walaupun tidak semua syarikat mempunyai keupayaan untuk mengeksport,” katanya. – BERNAMA

Tags: sijil halalusahawan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Produk Kopi, Biskut Ditarik Balik Serta-Merta, Sijil Halal Dibatalkan

Produk Kopi, Biskut Ditarik Balik Serta-Merta, Sijil Halal Dibatalkan

03/04/2026
0

MELAKA – Semua produk kopi dan biskut daripada dua syarikat pengeluar tempatan diarahkan ditarik balik dari pasaran serta-merta selepas sijil...

‘Sandwic Dijual Di UM Sah Tiada Sijil Halal’ – Jakim

‘Sandwic Dijual Di UM Sah Tiada Sijil Halal’ – Jakim

13/01/2025
0

SHAH ALAM - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengesahkan sandwic 'ham dan keju' yang dijual di kedai serbaneka di Universiti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd