• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cara Baru Promosi Tudung, Menari Bersama Buah

oleh
18/08/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MEMANDANGKAN sekarang ini kebetulan tengah kemuncak musim buah, jadi ramai tidak lepaskan peluang untuk dapatkan buah-buahan tempatan sementara masih ada musim ni.

Yelah, pada waktu tengah musim ni lah boleh dapat harga yang murah. Nanti apabila sudah habis musim, bukan main mahal jadinya harga buah-buahan ini semua.

Bagaimanapun bercakap pasal buah, mungkin ramai yang telah tahu tentang video satu jenama tudung yang menampilkan barisan model Muslimah cantik.

Antaranya Syafiqah Aina, Elcah, Adira Salahudin dan Sharifah Rose. Video itu juga merupakan cara untuk mempromosikan rekaan baharu Mumu Scarves bersama dengan jurugambar terkenal, Annas Easkey.

Tetapi sebenarnya ramai yang kecam video tersebut. Sebab apa? Yelah, dah nama pun buah-buahan. Mestilah kena makan. Ini tidak, boleh pulak dibuat prop. Rugi betul lah! Dah la durian sekarang ni tengah mahal.

Kalau boleh tengok balik, banyak buah-buahan tempatan yang memang sedap belaka! Antaranya ada nanas, betik, rambutan, durian, tembikai. Tak ketinggalan, petai! Ehh, keliru pula petai tu buah ke sayur?

Kreatif betul lah diorang ni jadikan buah sebagai bahan. Macam-macam idea pula diorang bagi nak promote punya pasal. Kreativiti luar biasa kata orang.

Mulanya video ni tular dalam Twitter apabila Annas Easkey sendiri yang mula memuat naik video tersebut pada 14 Ogos lepas menerusi akaun Twitternya. Kapsyen dia agak lucu jugak lah.

Jadi, hasilnya, seramai hampir 29,000 orang retweets kerana berasa ‘kemurungan’ dan hanya 11,000 yang Likes kerana bersetuju akan lebih menyukai buah-buahan dan ulam-ulaman lepas tengok video tu.

Tapi ada saja yang kutuk hasil video ni. Ada yang kata merepek sebab model ni semua bertudung jadi agak tak manis sebab diorang ni menari-nari. Ada jugak kata semua yang menari macam kayu. Aduhh… Macam-macam lah.

Pihak Mumu Scarves dan Annas sendiri belum memberitahu apa tujuan di sebalik prop buah ni semua dengan tudung Mumu Scarves ni. Tapi terhibur jugak bila tengok model tu semua dok gendong buah-buahan macam tu.

Dan yang lebih menarik lagi, Annas ada pula buat peraduan teka nama buah yang ada dalam video ni. Boleh lah korang teka, mana tahu kalau menang, dapat tudung sekali dengan buah-buahan tu sekali ke.

Masalahnya, tak berat ke dok letak tembikai dekat atas kepala tu?

Sado jugak lah yang mana gigih junjung buah durian tu. Jangan membazir tauu… Makan bagi habis, ingat. Durian tengah mahal ni. – MYNEWSHUB.CC/Ainaa Hafizah

Tags: annas easkeybuah-buahan tempatanmodel muslimahmumu scarves
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Perbezaan Buah Mata Kucing Dan Longan

14/11/2021
0

Buah mata kucing atau dipanggil buah kelengkeng di Indonesia adalah sejenis buah-buahan tempatan. Buah mata kucing menyerupai buah longan yang...

Video: Aksi Comel Model Hijab Korea Cuba Durian

06/01/2018
0

BAGI masyarakat di rantau Asia Tenggara, durian merupakan buah yang begitu sinonim dengan kita sejak sekian lama lagi. Namun bagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd