• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, August 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

FIC: Pejabat Pengerusi SPAD Diserbu SPRM

oleh AK-47
17/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini membuat pemeriksaan di pejabat Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad di Jalan Stesen Sentral, di sini.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad ketika mengesahkan perkara itu berkata pemeriksaan di pejabat Isa yang juga bekas Pengerusi Felda Global Ventures (FGV) Berhad itu adalah proses biasa yang dilakukan selepas menahan seseorang individu berhubung dakwaan rasuah.

“Siasatan dia (Isa) adalah berkaitan kes (pembelian dua hotel oleh) Felda Investment Corporation (FIC).

“Pegawai penyiasat sedang bertungkus lumus dan kita akan tentukan sekiranya ada tindakan lain akan diambil…saya tidak mahu komen banyak,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini, hari ini.

Sebelum ini, SPRM mengesahkan telah memeriksa tiga kediaman milik Isa di Linggi, Port Dickson; Lavender Height, Seremban dan Bandar Baru Nilai di Negeri Sembilan.

Isa, yang dilantik sebagai pemangku Pengerusi SPAD pada Jun lepas sejurus melepaskan jawatan sebagai Pengerusi FGV, direman lima hari sehingga Ahad ini bagi membantu siasatan SPRM berhubung kes pembelian hotel FIC di Kensington, London antara 2014 dan 2015.

Bulan lepas, SPRM membuka kertas siasatan berhubung pembelian hotel di Kensington, London, pada 2014 oleh FIC, yang didakwa terlebih bayar daripada nilai pasaran hingga menyebabkan anak syarikat Felda itu mengalami kerugian jutaan ringgit.

SPRM turut menjalankan siasatan berhubung kes pembelian hotel di Kuching oleh FIC, juga dipercayai dibayar pada kadar jauh lebih tinggi berbanding harga pasaran hingga menyebabkan anak syarikat Felda itu sekali lagi menanggung rugi.

Mengulas mengenai laporan kerajaan Selangor enggan menandatangani IBR, Dzulkifli berkata biar rakyat menilai sendiri keengganan kerajaan Selangor.

Pada majlis itu, lebih 100 kakitangan UIAM bersama vendor universiti itu hadir menyatakan kesungguhan dalam menghapus gejala rasuah dan salah guna kuasa.

Turut hadir Presiden UIAM Tan Sri Dr Rais Yatim dan Rektor UIAM Prof Datuk Seri Dr Zaleha Kamaruddin. – BERNAMA

Tags: SPADSPRMTan Sri Isa Samad
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

SPRM Tarik Balik Sekatan Ke Atas Semua Akaun Bank Cropmate

SPRM Tarik Balik Sekatan Ke Atas Semua Akaun Bank Cropmate

17/07/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Semua akaun bank milik Cropmate Berhad dan anak-anak syarikatnya yang sebelum ini dibekukan berhubung siasatan...

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Tiada unsur rasuah, penyelewengan serta salah guna kuasa dalam proses pemberimilikan enam kolam takungan banjir Dewan Bandaraya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd