• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gunung Gagau: 19 Lagi Diselamatkan, 6 Masih Hilang

oleh Ahmad Albab
24/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

HULU TERENGGANU – Lima belas kakitangan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) dan empat anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) dibawa keluar dari kaki Gunung Gagau dekat Tasik Kenyir, pada 3.45 petang tadi, manakala enam lagi masih hilang.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu, Nor Mahathir Muhamad, berkata mangsa yang masih hilang itu dipercayai terpisah dengan kumpulan yang ditemui hari ini kerana menggunakan laluan berbeza untuk keluar dari kawasan berkenaan.

“Enam mangsa yang belum dijumpai itu dipercayai bergerak menggunakan laluan lain ke arah Tasik Kenyir, namun kami yakin mereka tidak jauh dari tempat kumpulan hari ini ditemui,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, semua mangsa yang diselamatkan itu berada dalam keadaan sihat dan dibawa ke Hospital Hulu Terengganu untuk rawatan lanjut.

Kumpulan JUPEM dan PGA yang terbahagi kepada dua kumpulan, memasuki kawasan pergunungan itu pada 5 Disember lepas untuk melakukan kerja-kerja mengukur sempadan Terengganu/Kelantan dan menyiapkan tugasan pada 14 Disember, sebelum dijadual pulang pada 19 Disember.

Namun, cuaca buruk menyebabkan helikopter untuk membawa mereka pulang tidak dapat mendarat.

Pada Isnin lepas, 26 orang yang terdiri daripada 22 petugas Seksyen Topografi JUPEM serta empat anggota PGA, diselamatkan setelah mereka terkandas selama empat hari di puncak Gunung Gagau.

Nor Mahathir berkata, operasi menyelamat mangsa yang masih hilang itu akan diteruskan esok, berikutan cuaca buruk, laluan licin serta arus deras di hulu Tasik Kenyir hari ini.

“Kita akan teruskan operasi melalui laluan air dan darat esok. Kita tidak dapat melakukan operasi melalui udara kerana cuaca buruk ketika ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: gunung
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jutawan Nak Beli Gunung RM63 Juta!

10/02/2019
0

JIKA ditanya apakah yang anda akan lakukan jika anda seorang jutawan, anda mungkin mahu membelikan sebuah rumah untuk ibu bapa...

Empat Pendaki Maut Cuba Tawan Nevado Mateo

10/01/2019
0

LIMA - Tiga pendaki gunung dari Sepanyol dan jurupandu tempatan terbunuh ketika mendaki puncak bersalji di Andes, kata pihak berkuasa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd