• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tunku Azizah Reka Busana TTA, Kain Ditenun Banduan

oleh
17/08/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MASIH belum tamat lagi berita tentang kegembiraan meraikan perkahwinan puteri tunggal Johor, Tunku Tun Aminah bersama pasangannya, Dennis Muhammad Abdullah.

Baca: Ramai Tertarik Sentuhan Magis Jurusolek Puteri Johor

Semalam kami ada menceritakan tentang solekan magis oleh jurusolek Kak Sai yang telah membuatkan wajah tuan puteri bertambah naik seri. Hari ini, kami ceritakan pula tentang busana yang digayakan oleh baginda.

Ramai netizen membuat andaian baju Tunku Tun Aminah atau lebih mesra disapa Tunku Inah ini made in France, made in Italy dan banyak lagi jenama mahal oleh pereka antarabangsa yang lain turut disebut.

Tapi, jangan salah sangka ya! Sebenarnya baju perkahwinan Tunku Inah ini, direka khas oleh Tengku Puan Pahang, Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj, iaitu ibu saudara baginda sendiri.

Tengku Puan Pahang juga telah memuat naik pengakuan itu menerusi akaun Twitter milik baginda pada jam 11 malam semalam.

Kata baginda lagi, kain baju itu dibuat daripada kain Tenun Pahang DiRaja malah ianya memang rekaan khas oleh baginda sendiri.

Yang lebih menarik lagi, kain itu juga ditenun oleh banduan di Penjara Penor, Pahang. Sungguh tak sangka Tunku Azizah mempunyai bakat dalam mereka busana pengantin.

Makin popular Tenun Pahang lepas ni. Tapi sebelum ini, kain Tenun Pahang sememangnya sudah dikenali kerana memiliki tenunan yang sangat kemas.

Malah, Tunku Azizah sendiri telah banyak memberi idea hasil kraf serta tenunan di negeri Pahang sehingga ia dinamakan sebagai Tenun Diraja Pahang kerana tebalnya rasa cinta Tunku Azizah kepada tenunan ini. – MYNEWSHUB.CC/Ainaa Hafizah

Tags: kain tenun pahang dirajaTunku Azizahtunku tun aminah
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Al-Sultan Abdullah, Tunku Azizah Ke Istiadat Pemakaman Ratu Elizabeth II

Al-Sultan Abdullah, Tunku Azizah Ke Istiadat Pemakaman Ratu Elizabeth II

15/09/2022
0

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah...

Tenun Pahang Diraja Ilham Permaisuri Agong Istiadat Pertabalan

11/06/2019
0

KUALA LUMPUR - Kain Tenun Pahang Diraja menjadi pilihan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sebagai persalinan baginda...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd