• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Usia 59 Tahun Tak Halang Amy Search Aktif Bersukan

oleh AK-47
17/08/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MENJELANG Sukan Sea dan Sukan Para ASEAN 2017, Astro tidak melepaskan peluang menunjukkan sokongan kepada atlet-atlet negara dengan menyiarkan program Temasya Sukan Ke Laut (TSKL).

Program ini menggabungkan elemen sukan, komedi dan hiburan dalam kalangan peserta yang terdiri daripada atlet-atlet terkemuka tanah air, barisan pelawak dan selebriti-selebriti terkenal.

Antara selebriti yang terlibat dalam program ini ialah Amy Search, Achey, Shuib, Fara Fauzana dan ramai lagi. Dengar-dengarnya ada artis yang tercedera semasa menyertai acara sukan dalam program ini.

Amy Search mengakui telah mengalami beberapa kecederaan semasa melakukan acara yang dipertandingkan dalam TSKL.

“Bayangkan umur saya sudah 59 tahun, rasanya saya merupakan peserta paling tua dalam program ini. Pergelangan tangan saya pernah terkehel kerana terjatuh ketika acara lari sambil mengundur ke belakang.

“Perkara itu tidak pernah mematahkan semangat saya untuk meneruskan permainan kerana sebolehnya saya ingin melibatkan diri dalam semua acara,” katanya dipetik laporan Astro Awani.

Jgn lupa #temasyasukankelaut . Setiap Jumaat jam 10 mlm di Astro Warna #astorwarna

A post shared by Suhaimi A Rahman (@aku.amysearch) on Aug 1, 2017 at 9:58pm PDT

Walaupun usianya hampir menjangkau 60 tahun, Amy menyatakan faktor usia tidak menjadi penghalang buat dirinya untuk terus bersukan. Dia juga berpendapat program seperti ini dapat menaikkan lagi semangat rakyat Malaysia.

“Selain menghiburkan, matlamat utama saya adalah untuk menaikkan semangat rakyat Malaysia terhadap penganjuran Sukan SEA 2017 yang berlangsung nanti,” katanya kepada Astro Gempak.

Kalau nak diikutkan, betul jugalah apa yang Amy katakan itu, bukan ke bersukan dapat menyihatkan tubuh badan. Jadi, tak salahlah walau umur berapa sekalipun masih nak join aktiviti sebegini.

Haa.. jangan tak tahu, penyanyi lagu Isabella ini juga turut menyertai Larian Obor KL 2017 baru-baru ini.

Jangan lupa tengok gelagat-gelagat selebriti dan atlet-atlet kita ini beraksi pada setiap hari Jumaat, 10 malam di Astro Warna (132) dan Warna HD (124). Manalah tahu kot-kot kita pun terinspirasi nak bersenam jugak kan… – MYNEWSHUB.CC/Aisyah Karim

Tags: Amy SearchTSKL
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kostum, Pemegang Mikrofon Amy Search Di Hard Rock Desaru

01/10/2019
0

KUALA LUMPUR - Penyanyi rock legenda Amy Search terharu dan berbangga kerana salah satu koleksi kostum dan pemegang mikrofon miliknya...

Amy Search Sampaikan Ucapan Takziah

26/09/2019
0

VOKALIS kumpulan Search, Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, menyampaikan ucapan takziah di atas kembalinya pemain drama kumpulan itu,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd