• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

انا لله Pandu Sendiri Ke Hospital Sebelum ‘Pergi’

oleh AK-47
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KETUA Pengarah Jabatan Perumahan Negara, Datuk Abd. Rahim Ishak meninggal dunia jam 3 pagi tadi selepas mengadu sakit hulu hati.

Allahyarham meninggal dunia di Pusat Perubatan Nilai, Negeri Sembilan ketika sedang mendapatkan rawatan di situ.

Difahamkan, arwah mengadu sakit dan tidak boleh tidur kira-kira jam 2 pagi, sebelum memandu sendiri ke pusat rawatan berkenaan untuk mendapatkan rawatan.

Bagaimanapun, Allahyarham meninggal dunia ketika sedang mendapatkan rawatan dan jenazah sedang dibawa ke Hospital Serdang, Selangor untuk bedah siasat.

Semalam, Allahyarham turut menghadiri majlis pecah tanah Projek Perumahan Rakyat (PPR) Ampar Tenang, Dengkil yang dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Jenazah akan dimandi dan diuruskan di Surau Seksyen 6 Bukit Mahkota, Bangi, Selangor.

Abdul Rahim, 54, dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Perumahan Negara berkuatkuasa 16 Jun 2016.

Allahyarham sebelum ini berkhidmat sebagai Setiausaha Bahagian Kanan, Bahagian Kewangan, Jabatan Perdana Menteri selain pernah menjadi Pengarah Bahagian Awam, Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM). – Harian Metro

Tags: Jabatan Perumahan Negarameninggal dunia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tun Siti Hasmah Meninggal Dunia Pada Usia 100 Tahun

Tun Siti Hasmah Meninggal Dunia Pada Usia 100 Tahun

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Isteri kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Dr Hasmah Mohd Ali meninggal dunia hari...

Joey Bumiputra Rockers Meninggal Dunia

Joey Bumiputra Rockers Meninggal Dunia

29/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Penyanyi kumpulan rock terkenal Bumiputra Rockers, Johari Mat Rozekhi atau lebih dikenali sebagai Joey, 63, meninggal dunia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd