Kerja provokasi menuduh badan bukan kerajaan (NGO) Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) membakar dan menyerang sebuah gereja di Jalan Raja Laut disifatkan Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali sebagai kerja anak haram.
Menurut beliau, gambar itu sengaja direka-reka untuk mencetuskan pergaduhan.
“Kerja anak haram, provokasi untuk mencetus pergaduhan, rekaan dan fitnah.
“Ahli PERKASA yang waras dan bukan puak-puak gila yang mereka gambarkan dalam fitnah itu.. Kita tidak hairan sedikit pun kerana ianya tidak benar,” katanya menerusi aplikasi Whatsapp ke Mynewshub.cc hari ini.
MENARIK – Provokasi Gila – PERKASA Bakar Gereja!
Satu laman Facebook bertindak menyebarkan sekeping gambar menggambarkan Ibrahim bersama beberapa ahli PERKASA sedang membakar kitab Bible dengan berlatarbelakang sebuah gereja yang juga sudah musnah terbakar.
Ketika menjawab soalan adakah PERKASA akan tercalar dengan provokasi yang disebarkan, Ibrahim berkata PERKASA akan terjejas sekiranya ia benar.
“Ianya terpalit kalau benar, kalau tak benar, sikit pun tidak menjadi hal kepada saya, asalkan tidak benar, itu janji Allah,” katanya.
Tindakan laman Facebook berkenaan turut dikecam pengguna laman sosial lain apabila gambar berkenaan kelihatan jelas dihasilkan dengan menggunakan teknik suntingan serta percantuman gambar. – MYNEWSHUB.CC
Oleh : IBNU KÂÂ


