• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KL2017: Tahniah! Emas Pertama Malaysia

oleh AK-47
17/08/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia meraih kilauan emas sulung menerusi acara chinlone linking yang turut menjadi pingat emas pertama Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 hari ini.

Pada perlawanan akhir di Stadium Tertutup Titiwangsa di sini, skuad chinlone negara yang diketuai Muhammad Faiz Roslan beraksi bak wira untuk menyambar emas dengan mengumpul 391 matamenewaskan Filipina yang mengutip 271 mata.

Malaysia mempamerkan aksi bertenaga sejak di pusingan awal dengan mengumpul 376 mata diikuti Filipina dengan 293 dan Brunei 157.

Ia membolehkan anak buah Mohd Yusoff Abdullah melayakkan diri bertemu Filipina di perlawanan akhir.

Brunei mengutip pingat gangsa dalam pertandingan yang disertai tiga negara itu.

Selain Muhammad Faiz, pasukan chinlone yang mengharumkan nama negara hari ini turut dibarisi Mohammad Kamal Aizat Azmi, Ab Muhaimi Che Bongsu, Putera Aidil Israfi Kamaruzaman,Muhamad Asyraaf Abd Hadi, Izuan Afendi Azlan, Mohd Nazuha Mohd Nadzli dan Iskandar Zulkarnain Salim.

Permainan chinlone itu memerlukan kemahiran dan keseimbangan setiap pemain untuk menimang bola takraw mengikut disiplin berdasarkan kategori dan dimainkan seramai enam orang satu pasukan di dalam bulatan.

Kiraan matanya pula menerusi setiap timangan sempurna yang dilakukan oleh setiap pemain dalam masa 10 minit.

Skuad chinlone negara turun beraksi dalam tiga lagi kategori iaitu non-repetition primary, same stroke dan non-repetition event secondary. – BERNAMA

Tags: emasSukan SEA KL 2017
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lesen Khas Mendulang Emas Buat Rakyat Kelantan

Lesen Khas Mendulang Emas Buat Rakyat Kelantan

10/11/2025
0

KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan membenarkan rakyat negeri ini untuk mengusahakan perlombongan emas secara sah melalui kaedah mendulang. Timbalan Menteri...

Harga Emas Dijangka Naik 10 Peratus Menjelang Oktober

Harga Emas Dijangka Naik 10 Peratus Menjelang Oktober

08/08/2025
0

KUALA LUMPUR - Harga emas diunjurkan terus naik sebanyak 10 peratus lagi pada September daripada paras semasa didorong oleh jangkaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd