• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dituduh Ahli Sihir, Wanita Dikorek Mata & Dibakar

oleh
16/08/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

INDIA – Akibat perebutan harta pusaka, seorang wanita telah didera sehingga mati oleh ahli keluarganya sendiri yang percaya kononnya wanita ini merupakan ahli sihir.

Daily Mail melaporkan mangsa, Kanya Devi, 40, telah didera dengan kejam sekali apabila dia dibogelkan oleh ahli keluarganya serta dipaksa untuk memakan najis dan seterusnya dibakar secara hidup-hidup sebelum mereka mengorek matanya menggunakan batang besi yang sudah dipanaskan dengan api.

Tetapi ada seorang aktivis di sana mendakwa kononnya mereka ini diarahkan untuk membelasah Kanya kerana dia didakwa adalah seorang ahli sihir. Namun sebaliknya dia dibelasah teruk kerana mereka berebutkan harta milik mangsa.

“Suami Kanya telah meninggal dunia baru-baru ini dan sebabkan anak lelakinya masih kecil, maka saudara mara suaminya telah berkomplot untuk menyingkirkan dia dan merampas tanah miliknya,” kata aktivis berkenaan.

Lima individu termasuk anak buah serta cucunya yang dipercayai ada kaitan dengan kejadian tersebut telah ditahan oleh pihak polis.

Menurut jurucakap polis tempataan, mangsa merupakan seorang janda yang berasal dari sebuah perkampungan di Kadera, daerah Ajmer, negeri Rajasthan dekat utara India. Wanita malang ini telah dibakar mayatnya oleh ahli keluarganya bagi menyembunyikan bukti kejadian tersebut.

Pihak polis dikatakan sukar untuk mendapatkan bukti tentang kejadian ini kerana bukti itu sudah dihapuskan dengan cara membakar mayat mangsa.

Namun salah seorang daripada saudara mangsa, Mhadev Regar, telah melaporkan kepada pihak polis selepas dia berasa curiga dengan cara kematian mangsa ketika menghadiri majlis pengebumian itu.

“Pada 8 Ogos lalu, Mahadev telah membuat laporan kepada pihak polis, tetapi kami masih menunggu laporan daripada keluarga terdekat wanita tersebut. Namun selepas itu, anak perempuan mangsa yang berusia 23 tahun, Maya Devi membuat aduan dan ketika itu barulah pihak kami membuat laporan rasmi pada Ahad lalu,” kata jurucakap polis.

Superitendan Rajendra Singh berkata, “Mangsa telah didera dengan teruk sekali. Salah seorang ahli keluarganya telah mengaku memaksa mangsa untuk makan najis selain memukul mangsa dan membakarnya sehingga mati. Serta lima daripada yang tertuduh telah ditahan di atas dakwaan membunuh di bawah seksyen yang berkaitan dengan Akta Pencegahan Sihir Rajasthan,” katanya.

Kesemua suspek yang dipercayai mempunyai kaitan dalam kes ini telah ditahan atas dakwaan membunuh, mendera dan menghapuskan bukti. – MYNEWSHUB.CC/Ainaa Hafizah

Tags: bakar hidup hiduprebut harta pusaka
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Suspek Bakar Bilal Masjid Ditahan

19/02/2020
0

ALOR SETAR - Tidak sampai enam jam, lelaki yang dipercayai membakar bilal ditahan polis berhampiran lokasi kejadian di hadapan Masjid...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd