• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penganjur Forum Bakal Didakwa Gagal Patuhi Akta

oleh
16/08/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penganjur program Nothing To Hide 2.0 akan dikenakan tindakan undang-undang kerana gagal mematuhi peruntukan di bawah Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012.

Ia disahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan menegaskan, penganjur forum tersebut tidak boleh ‘lepas tangan’ dengan menyalahkan pihak lain memandangkan program itu adalah di bawah tanggungjawab mereka.

“Mereka mahu menyalahkan parti politik lain, itu kita (polis) tidak mahu pun masuk campur, namun apabila mereka cuba mula menyalahkan PDRM (Polis Diraja Malaysia) pula, itu memang tidak masuk akal.

“Peguam mereka yang bijak pandai ramai, sila bacalah semula semua 10 syarat di bawah Seksyen 25 APA 2012, sekarang sudah jadi masalah seperti ini, mereka jangan pula boleh terlepas begitu sahaja,” terang Khalid lagi.

Terbongkar Armada Sendiri Jadi Dalang Kecoh Forum

Baca: Terbongkar Armada Sendiri Jadi Dalang Kecoh Forum

Beliau menegaskan demikian dalam sidang akhbar diadakan di Mess Pegawai Kanan Bukit Aman di sini hari ini selepas menghadiri Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik.

Ketika forum tersebut, kekecohan timbul apabila ada pihak tertentu dilihat membaling kerusi ke arah bekas Exco Armada, Mohamad Taufik Abas yang ketika itu sedang bertanyakan soalan mengenai insiden berdarah Memali.

Ini disusuli dengan pelbagai aksi liar lain termasuk suar dibakar di dalam dewan menyebabkan Pengerusi PPBM, Tun Dr. Mahathir Mohamad terpaksa membatalkan sesi soal jawab untuk menyelamatkan dirinya sendiri.

Dalam perkembangan yang sama, Khalid turut mengesahkan ada lagi tangkapan berhubung kekecohan yang berlaku ketika program anjuran Armada PPBM itu di Shah Alam, Selangor pada Ahad lalu. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: nothing to hide
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Isu Kecoh Forum: Bos Sekuriti PPBM Diugut Bunuh

18/08/2017
0

SHAH ALAM – Pakatan pembangkang patut ‘malu sendiri’ apabila ternyata kekecohan dalam forum Nothing to Hide 2.0 pada Ahad lalu didalangi...

PAS Desak Tubuh RCI Insiden Memali Era Mahathir

16/08/2017
0

DRAMA kekecohan ketika program Nothing To Hide 2 ekoran soalan berkaitan insiden Memali kini telah membuka luka lama dalam kalangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd