• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

GPMS Kumpul Maklum Balas Tambah Baik PT3

oleh Ahmad Albab
24/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGETOWN – Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) sedang mengumpul maklum balas daripada orang ramai bagi menambah baik pelaksanaan ujian Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) pada masa hadapan.

Ketua Penerangannya Mohd Adib Anas Md Noor menyifatkan keputusan PT3 yang diumumkan baru-baru ini, sebagai eksperimen berjaya dan membuka dimensi baharu hala tuju pendidikan negara dalam jangka panjang.

“Ia permulaan baik dan berupaya menjadi penanda aras pada tahap mana pemikiran pelajar kita sekarang,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata masyarakat tidak wajar melihat pencapaian PT3 itu sebagai pengakhiran masa depan pelajar sebaliknya menjadikan ia sebagai motivasi untuk memajukan diri.

GPMS turut berpendapat Kementerian Pendidikan perlu memberi penerangan terperinci mengenai format penilaian dan pemarkahan PT3 kepada ibu bapa supaya tidak timbul salah faham selain mendedahkan mereka kepada situasi pendidikan semasa, katanya.

Mohd Adib yang juga bekas guru sebuah sekolah antarabangsa di Kuala Lumpur, berkata sistem seumpama itu sudah lama dipraktikkan di negara maju dan ia terbukti berupaya menggilap kemahiran berfikir aras tinggi pelajar.

Beliau berkata orang ramai boleh mengemukakan cadangan, kritikan dan komen mengenai PT3 menerusi [email protected] yang diwujudkan sejak semalam.

“Kami mengendalikan kajian soal selidik bagi mendapatkan maklum balas lebih pantas dan akan menyerahkan dapatan maklumat itu kepada Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam tempoh sebulan,” katanya. – BERNAMA

Tags: GPMSPT3
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KPM Kaji Keperluan Kembalikan UPSR, PT3

KPM Kaji Keperluan Kembalikan UPSR, PT3

09/01/2026
0

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengkaji semula keperluan untuk mengembalikan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) serta Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)....

Isu UPSR, PT3, Silibus Pendidikan Antara Diumum Esok

Isu UPSR, PT3, Silibus Pendidikan Antara Diumum Esok

14/12/2022
0

PETALING JAYA: Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dijadual mengadakan sidang akhbar khas esok, dipercayai bagi menjawab pelbagai isu pendidikan yang menjadi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd