• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kereta Polis & Van Suspek Mahkamah Terbalik

oleh AK-47
16/08/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BATU PAHAT – Tujuh anggota polis, empat suspek pertuduhan mahkamah serta dua saksi mahkamah cedera apabila kereta peronda (MPV) polis yang mengiringi van membawa pesalah berkenaan terbabas sebelum terbalik di Kilometer 123.4 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, dekat sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.40 pagi itu, MPV polis berkenaan sedang mengiringi van membawa kesemua suspek ke Mahkamah Tinggi Muar untuk prosiding mahkamah.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa, berkata kesemua mangsa cedera ringan dan dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar untuk rawatan lanjut.

“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila sebuah lagi kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Hilux yang dinaiki dua saksi mahkamah tiba-tiba terbabas di KM123.4, menyebabkan MPV pengiring yang berada di belakangnya gagal mengelak dan hilang kawalan sebelum terbabas.

“MPV polis itu kemudian dilanggar van membawa empat suspek pertuduhan yang sedang diiring ke Mahkamah Tinggi Muar, menyebabkan kedua-dua kenderaan berkenaan terbalik ke dalam parit sebelah kiri lebuh raya berkenaan manakala Toyota Hilux pula berada di atas laluan kecemasan.

“Semua tujuh anggota polis dan empat suspek mahkamah mengalami kecederaan ringan manakala pemandu van tersepit di tempat pemandu dan mengalami kecederaan patah kaki manakala ketua pengiring turut patah kaki dan dihantar ke Hospital Muar,” katanya.

Abdul Wahib berkata, pemandu dan penumpang Toyata Hilux yang juga saksi kepada suspek pertuduhan juga dalam perjalanan untuk ke tempat yang sama tetapi hanya cedera ringan.

Katanya, kejadian berlaku dalam keadaan hujan lebat dan permukaan jalan licin yang menyebabkan pandangan terhad.

“Bagaimanapun, polis tetap menjalankan siasatan mengikut Sekyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – Berita Harian

*Video sekadar hiasan…

Tags: HujankemalanganKereta Polis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

26/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  ALOR GAJAH – Polis sedang menjalankan siasatan berhubung penemuan seorang lelaki yang ditemukan meninggal dunia di Kilometer 198.5...

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub  SHAH ALAM – Misteri kehilangan seorang lelaki yang tidak pulang ke rumah selepas keluar bekerja akhirnya terungkai dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd