• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Terdedah Udara, Cepat Rosak Punca Ribena Ditarik Semula

oleh AK-47
15/08/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Punca penarikan semula semua produk kordial Ribena Isnin lalu dikenal pasti adalah disebabkan ralat pada proses pembotolannya di kilang.

Menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan Suntory Beverage & Food Malaysia Sdn. Bhd. (Suntory), produk-produk tersebut didapati terdedah dengan udara semasa proses pembotolan, menjadikan kemungkinan besar kordial tersebut akan rosak sebelum tarikh luput yang tertera pada botol.

Sebagai langkah berjaga-jaga, Ribena Malaysia telah menarik semula kumpulan produk yang tercemar itu daripada gudang-gudang, para pengedar dan penjual di seluruh negara mulai 12 Ogos, lapor akhbar Singapura, The Straits Times.

Lima jenis bes minuman yang terlibat dalam penarikan semula ini adalah seperti berikut: Ribena Concentrate Blackcurrant Regular; Ribena Concentrate Blackcurrant and Glucose; Ribena Concentrate Blackcurrant and Strawberry; Ribena Concentrate Blackcurrant and Blueberry; and Ribena Concentrate Blackcurrant and Apple.

Baca: Produk Ribena Ditarik Balik Sementara Waktu

Meskipun bukan semua produk keluaran kilang tersebut, namun Ribena Malaysia menasihatkan agar para pengguna tidak meminum produk yang kelihatan berlainan daripada biasa, rasa atau berbau masam, atau jika mereka was-was terhadap kualitinya.

Ribena Malaysia turut menyatakan bahawa penyiasatan selanjutnya, termasuk punca kualiti produk itu tercemar, masih dijalankan dan akan selesai awal minggu hadapan.

Selain itu, pengilangan produk kordial Ribena juga diberhentikan buat sementara waktu sehingga semua prosedur penyiasatan selesai.

Isnin lalu, Ribena Malaysia telah mengeluarkan satu kenyataan yang memaklumkan penarikan semula produk-produk minuman kordial Ribena daripada semua saiz dan variasi perisa daripada diedarkan oleh kerana ralat yang dikenal pasti oleh pihak pengilang. – MYNEWSHUB.CC

Tags: produk makananribena
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

21 Produk Makanan Mengandungi Racun Berjadual

05/11/2020
0

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kesan 21 produk makanan daripada 16 jenama yang disyaki mengandungi racun berjadual.  Ketua Pengarah...

MOA Arah Pemeriksaan Produk Makanan Dari China

28/01/2020
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mengarahkan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan (Maqis) menjalankan pemeriksaan ketat di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd