• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Joy Minta Henti Dengar Kenyataan Mana-Mana Pihak

oleh
15/08/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KONTROVERSI rumah tangga pengusaha kosmetik terkenal, Joy Revfa menjadi semakin hangat apabila kakak dan bekas suaminya tampil mengeluarkan kenyataan mempertahankan dirinya.

Biasalah bila permasalahan macam ni berlaku, masing-masing nak mempertahankan keluarga sendiri.

Baca: Rumah Tangga Goyah, Bekas Suami Joy Revfa Beri Komen

Walau bagaimanapun, Joy telah tampil bagi menjernihkan keadaan dengan memuat naik satu posting di laman Instagram miliknya baru-baru ini.

Menerusi posting tersebut, Joy meminta agar semua pihak tidak perlu mendengar sebarang pendapat mahupun kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak lain berikutan kemelut rumah tangganya dengan Hafiz Hamidun.

Joy menyatakan permasalahan yang menimpa rumah tangganya buat masa ini biarlah hanya kenyataan rasmi daripada dia sendiri dan Hafiz Hamidun yang menjadi jawapan bagi semua persoalan.

Mohon tak perlu dgr mana2 pihak walaupun keluarga, kawan2 & bekas suami (Ray) berniat utk lindungi & mempertahankan saya.. Saya mohon sekali lagi tak perlu lg ada yang tulis atau dengar anggapan negatif apa2 tentang dia (Hafiz) mahupun saya.. 🙏🏼 Kerana kuatir lebih mengeruhkan lagi keadaan. Biar lah saja kami umumkan kenyataan rasmi masing2 nanti tentang kami berdua.. kami ingin ianya berlalu dengan apa adanya & tanpa bersengketa.. Harap semua dapat memahami & bawa bertenang.. Biarkan kami menjalani hidup dengan tenang & fokus dgn kerjaya masing2. . Apa yg terjadi biarlah saya & dia (hafiz) saja yg tahu.. Sesungguhnya semua yg terjadi ini adalah ketentuan Allah swt.. Saya hanya mampu bertawakal & berdoa semoga semuanya dipermudahkan.. kita hanya mampu merancang namun semua nya Allah swt yg tentukan.. Let it be & trust the process. . (mohon jgn salah faham juga terhadap keluarga yg ingin melindungi kerana mereka sentiasa bersama saya & merasai sendiri situasi yg saya hadapi..)

A post shared by Founder of MERVE Cosmetics (@joyrevfa) on Aug 14, 2017 at 12:56am PDT

Posting yang mendapat lebih daripada 4,000 likes itu mendapat komen yang pelbagai daripada netizen. Rata-rata antara mereka memberi semangat buat wanita ini.

Ada betulnya juga apa yang dikatakan oleh Joy sebenarnya. Sepatutnya biarlah tuan badan sendiri yang menceritakan segalanya kerana hanya mereka yang alami.

Namun, nasihat untuk Joy, kalau boleh jangan lama sangat ambil masa untuk membuat penjelasan.

Bukan apa, biasalah zaman sekarang ni kan pantang sikit. Takutlah akan datang semakin banyak pula spekulasi tidak baik yang bertebaran.

Apa-apa pun all the best, Joy. Moga segalanya baik-baik je ya! – MYNEWSHUB.CC/Amy Maizura

Tags: hafiz hamidunjoy revfa
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hafiz Menang Saman Kamdar, Mahu Jadi Pengajaran

17/05/2018
0

DISEBABKAN namanya telah disalahgunakan oleh sebuah syarikat tekstil terkenal, penyanyi Hafiz Hamidun mengambil keputusan untuk membawa kes itu ke muka...

Hafiz Hamidun ‘Dirisik’ Ramai Wanita, Tapi…

17/04/2018
0

SEJAK menjalani kehidupan sebagai duda selepas bercerai dengan pengasas Merve Cosmetic, Joy Revfa, penyanyi nasyid terkenal iaitu Hafiz Hamidun tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd