• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KL2017: Acara Memanah Buka Tirai Esok

oleh AK-47
17/08/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tumpuan pastinya terarah kepada acara memanah compound individu yang membuka tirai sukan memanah dengan menawarkan dua pingat emas esok di temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017).

Bakal beraksi di Bandar Sukan Kuala Lumpur, skuad compound mempertaruhkan Lee Kin Lip dan Fatin Nurfatehah Mat Salleh masing-masing bagi kategori individu lelaki dan wanita.

Fatin Nurfatehah meraih tiga emas pada edisi ke-28 Sukan SEA Singapura yang menyaksikan skuad memanah Malaysia secara keseluruhan meraih lima kilauan emas – empat dalam acara compound.

Skuad memanah compound diwakili lapan atlet iaitu M. Khambeswaran, Mohd Juwaidi Mazuki, Zulfadhli Ruslan, Nor Rizah Ishak, Nurul Syazhera Mohd Asmi dan Saritha Cham Nong selain Kin Lip dan Fatin Nurfatehah.

Pemanah negara dijangka menerima tentangan hebat daripada pasukan Indonesia dan Myanmar.

Pada KL2017, memanah menawarkan 10 pingat emas iaitu lima dalam acara recurve bagi individu lelaki, individu wanita, berpasukan lelaki, berpasukan wanita dan berpasukan campuran, manakala lima lagi dalam acara compound bagi individu lelaki, individu wanita, berpasukan lelaki, berpasukan wanita dan berpasukan campuran.

Skuad recurve pula terdiri daripada Haziq Kamaruddin, Khairul Annuar Mohamad, Muhamad Zarif Syahir Zolkepeli, Muhammad Akmal Nor Hasrin, Loke Shin Hui, Nur Afisa Abdul Halil, Nur Aliya Ghapar dan Nuramalia Haneesha Mazlan.

Skuad recurve yang meraih satu emas di Singapura dua tahun lepas, dijangka menerima tentangan hebat daripada Indonesia dan Thailand.

Acara memanah pada KL2017 dijadual berlangsung dari 16 hingga 22 Ogos.

Pada Sukan SEA Singapura, kontinjen negara mendominasi sukan memanah dengan lima pingat emas, tiga perak dan dua gangsa iaitu pencapaian terbaik skuad memanah di temasya dwitahunan itu.

Pada KL2017, atlet memanah menyasarkan meraih empat emas iaitu tiga daripada acara compound dan satu lagi menerusi acara recurve.

Pengurus pasukan Shamsuddin Ibrahim berkata sasaran itu amat realistik berdasarkan prestasi semasa atlet memanah negara namun beliau tidak menolak kemungkinan elemen kejutan yang menjurus kepada penambahan pingat pada aksi di laman sendiri kali ini. – BERNAMA

Tags: memanahSukan SEA KL 2017
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Laluan Jadi Pemanah Tradisional Ke-2 Terbaik Dunia

27/12/2018
0

PETALING JAYA - Siapa sangka, bermula dengan baucar latihan percuma bernilai RM100, pemanah tradisional remaja Lee Jin Ming kini bergelar...

Sukan Asia: Permulaan Positif Kem Memanah Negara Di Jakarta

21/08/2018
0

JAKARTA - Skuad memanah kebangsaan yang memulakan saingan hari pertama di Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 di sini hari ini mempamerkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd