• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiga ‘Anak Dara’ Nombor Ekor Dicekup

oleh AK-47
16/08/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENAMPANG – Tiga ‘anak dara’ dicekup polis selepas didapati terbabit dengan aktiviti penjualan nombor empat ekor dalam serbuan di sebuah premis berhampiran Kedai Putatan Newtownship, Putatan, dekat sini, kelmarin.

Dalam serbuan jam 5.20 petang sempena Op Dadu, ketiga-tiga suspek wanita berusia antara 19 dan 24 tahun itu ditahan di premis berkenaan selepas disyaki terbabit dalam aktiviti penjualan nombor ekor kawasan Putatan.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Rosley Hobden berkata, hasil maklumat orang awam dan risikan, sepasukan anggota menyerbu di premis tidak bernombor dipercayai menjalankan kegiatan haram sejak sebulan lalu.

“Sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang kemudian membuat serbuan di premis itu dan menahan tiga wanita.

“Semua suspek yang ditahan dipercayai berkerja sebagai penjual nombor ekor di premis tidak bernombor itu dan dibawa ke IPD Penampang untuk tindakan lanjut,” katanya.

Rosley berkata, selain tangkapan, polis merampas beberapa peralatan seperti kertas, telefon bimbit, alat pencetak dan sejumlah wang yang dipercayai digunakan dalam aktiviti judi berkenaan.

“Kami minta orang ramai terutama penduduk di daerah Penampang dan Putatan terus menyalurkan maklumat mengenai judi secara haram supaya tindakan segera dapat diambil.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 4A(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953,” katanya. – Harian Metro

Tags: anak gadisnombor ekor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Beli Nombor Ekor, Cari Duit Raya, Katanya

Beli Nombor Ekor, Cari Duit Raya, Katanya

02/04/2023
0

Melaka : Hasrat dua lelaki termasuk warga emas mencari duit lebih untuk perbelanjaan raya tidak kesampaian apabila mereka dicekup ketika...

Wanita Rugi Duit i-Sinar Diperdaya Sindiket Nombor Ramalan

29/01/2021
0

IPOH - Seorang wanita mendakwa kerugian RM3,000 termasuk RM1,000 daripada pengeluaran i-Sinar KWSP akibat ditipu dalam pembelian tiket nombor ekor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd