• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kim Swee Gembira Dengan 3 Mata Berharga

oleh Ahmad Albab
15/08/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Jurulatih skuad bola sepak bawah 22 tahun (B-22), Datuk Ong Kim Swee berpuas hati dengan persembahan anak didiknya walaupun menang tipis 2-1 ke atas Brunei pada perlawanan pertama Kumpulan A pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur (KL2017) di sini, malam ini.

Beliau berkata mengutip tiga mata pada perlawanan pertama adalah lebih penting daripada menjaringkan lebih banyak gol kerana kemenangan itu dapat meningkatkan keyakinan pemain untuk menghadapi perlawanan menentang Singapura, Rabu ini.

”Banyak peluang disia-siakan selepas pemain Brunei berkampung di kawasan pertahanan dan ini menyukarkan pemain menghasilkan gol…bagaimanapun, saya gembira dapat pulang dengan tiga mata penuh,” katanya pada sidang media selepas perlawanan itu di Stadium Shah Alam di sini.

Pada perlawanan itu, Malaysia tidak menunggu lama untuk membuka tirai jaringan apabila rembatan Muhd Safawi Rasid menerjah gawang Brunei seawal minit keempat sebelum penyerang pasukan lawan, Mohamed Zulkhairy Hady Razali memberi kejutan dengan gol penyamaan di minit ke minit.

Adam Nor Azlin menyelamatkan maruah negara dengan jaringan menerusi tandukan pada minit ke-60.

Kim Swee turut memuji persembahan beberapa muka baharu khususnya Muhd Safawi yang cepat dapat membentuk keserasian dengan pemain lain walaupun hanya menjalani latihan beberapa minggu menjelang temasya sukan dwitahunan itu.

Bagaimanapun, beliau berharap barisan penyerang dapat memperbaiki persembahan menjelang pertemuan dengan Singapura yang sebelum itu kalah 2-0 dengan Myanmar di Stadium Selayang.

Sementara itu, jurulatih Brunei, Kwon Oh Son mengakui anak buahnya gementar bermain dalam perlawanan pertama di hadapan lebih 3,000 penyokong tuan rumah.

“Mereka menampilkan persembahan baik dan bangga mereka dapat menyekat Malaysia daripada menjaringkan lebih banyak gol. Saya berharap mereka akan memberi tentangan sengit apabila bertemu Myanmar Rabu ini,” kata jurulatih dari Korea Selatan itu. – BERNAMA

Tags: Datuk Ong Kim SweeSkuad B-22 KebangsaanSukan SEA KL 2017
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Syed Saddiq Akan Berjumpa Kim Swee, Exco Sukan

23/07/2018
0

BANGI - Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan bertemu jurulatih skuad bawah 23 tahun negara (B-23)...

Kim Swee Pilih Baddrol, Rizal Dan Aidil Zafuan

18/07/2018
0

KUALA LUMPUR – Ketua jurulatih skuad bola sepak Bawah 23 (B-23) tahun negara, Datuk Ong Kim Swee memilih dua pemain...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd