• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembangkang Dan Fitnah Berpisah Tiada – Noh

oleh AK-47
16/08/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar hari ini menyelar kenyataan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali yang menuduh UMNO dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kononnya merupakan dalang kekecohan semasa Program Nothing To Hide 2.0 semalam.

Noh berkata kenyataan itu berunsur fitnah semata-mata.

“Pembangkang dan fitnah berpisah tiada, saya ingat Rafizi (Naib Presiden PKR, Mohd Rafizi Ramli) yang suka buat fitnah, tetapi Azmin pun sama. Inilah perangai dan sikap pemimpin pembangkang kerana apa juga perkara (buruk) yang berlaku dalam negara, mesti kita dipersalahkan.

“Yang buat kecoh semalam adalah mereka (pembangkang) tetapi kenapa nak tuduh UMNO dan perdana menteri. Saya ingat cukup-cukuplah hendak menghasut dan menipu rakyat terutama MB Selangor…apa juga kesilapan yang dia buat, dia tak akan boleh terima,” katanya.

Noh yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan ditemui pemberita selepas Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) Negeri Perak Sesi 2017-2019 dan Penganugerahan Penarafan Bintang PBT 2016 Negeri Perak di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas dakwaan Azmin kononnya Najib menggunakan gangsterisme semasa majlis Nothing To Hide 2.0 anjuran Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Shah Alam semalam yang bertukar kecoh apabila dicemari insiden membaling selipar dan sebagainya daripada beberapa individu yang hadir.

Insiden kira-kira 5.10 petang itu bermula apabila seorang hadirin lelaki bertanya kepada Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung tragedi Memali di Baling, Kedah pada September 1985.

Bagaimanapun, sebelum soalan tersebut selesai dijawab oleh Dr. Mahathir, kelihatan individu tertentu membaling selipar, diikuti kerusi, kasut dan botol air sebelum menyalakan suar dan membalingnya ke arah bekas perdana menteri itu yang berada di tengah pentas dan hampir mengenainya. – BERNAMA

Tags: nothing to hide 2.0PPBM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Elak Tanggapan Tikus Membaiki Labu

05/06/2022
0

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) beriltizam mahu membantu mengatasi gejala rasuah dan salah guna kuasa dalam kalangan belia suatu usaha...

Fahami Dendam Membara PPBM

30/01/2022
0

Tiada apa perlu dihairankan berhubung ugutan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap UMNO. Memang begitulah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd