• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemuda PKR Berang Mahathir Tidak Dihormati!

oleh Ahmad Albab
15/08/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sayap pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) dikenali sebagai Angkatan Muda Keadilan (AMK) berang dengan keganasan yang berlaku dalam forum Nothing to Hide 2.0 di Shah Alam, Selangor pada 13 Ogos lalu.

Ketua AMK, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, insiden ganas yang berlaku dalam program tersebut tidak menghormati bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“Saya mengecam insiden memalukan dan ganas di forum Nothing to Hide 2.0 di Shah Alam pada 13 Ogos 2017. Apa yang berlaku di forum tersebut tidak normal.

“Tindakan ini menggambarkan ketidakhormatan terhadap Mahathir. Mereka yang bertanggungjawab secara langsung dan tidak langsung patut malu tentang tindakan mereka,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Justeru, Nik Nazmi menuntut pihak polis menjalankan siasatan mendalam terhadap kejadian tersebut dan mengambil tindakan terhadap pihak bertanggungjawab.

Mahathir yang pernah digelar sebagai firaun, diktator, penjahanam negara dan bapa kepada segala penyamun oleh pemimpin PKR termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Rafizi Ramli kini menjadi Pengerusi Pakatan Harapan.

Pakatan Harapan yang didominasi DAP dianggotai PKR, Parti Amanah Negara (PAN) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Insiden dalam forum Nothing to Hide 2.0 bermula apabila seorang peserta dipercayai ahli PPBM bertanya kepada Mahathir mengenai peristiwa Mamali yang meragut banyak nyawa orang awam.

Mahathir yang juga Pengerusi PPBM dalam jawapannya mempertahankan tindakan pihak berkuasa dibawah pemerintahannya dalam insiden tersebut.

Berdasarkan rakaman video yang tersebar, seorang lelaki dipercayai penyokong Mahathir yang marah soalan itu ditujukan kepada Mahathir bertindak melemparkan kerusi kearah ahli PPBM yang bertanyakan soalan itu.

Semalam, Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali cuba memutar belit kejadian tersebut bagi mengelak persepsi negatif rakyat keatas pembangkang dengan memfitnah UMNO yang langsung tiada kena mengena dengan program tersebut.

“Najib (Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak) perlu bertanggungjawab sepenuhnya atas kesalahan jenayah dan tindakan tidak bertamadun penyokongnya di program Nothing to Hide 2.0,” dakwanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Pemuda PKRTun Mahathir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dr M Masuk IJN, Saman Terhadap Zahid Ditangguh Lagi

Dr M Masuk IJN, Saman Terhadap Zahid Ditangguh Lagi

19/07/2024
0

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menangguhkan perbicaraan saman fitnah Dr Mahathir Mohamad terhadap Ahmad Zahid Hamidi kepada 26 Ogos selepas bekas...

Faisal Dapat Tonik Daripada Tun Mahathir

Faisal Dapat Tonik Daripada Tun Mahathir

22/06/2024
0

KUALA LUMPUR : Bintang sensasi bola sepak negara, Faisal Halim tidak terduga dan menyangka apabila diziarahi bekas Perdana Menteri, Tun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd