• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Makkah Perubatan Terbaik Untuk Jemaah Haji

oleh Ahmad Albab
14/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MAKKAH – Lembaga Tabung Haji (TH) bersedia pada bila-bila masa untuk memberikan perkhidmatan terbaik termasuk menyediakan khidmat doktor pakar bagi memastikan jemaah haji Malaysia dapat menyempurnakan ibadah haji dengan sempurna.

Timbalan Ketua Rombongan Haji (Perubatan) 1438 Hijrah Dr Mohammad Faid Abd Rashid berkata pasukan perubatan TH terdiri daripada 18 doktor pakar, 40 pegawai perubatan dan 217 anggota sokongan perubatan bagi memberikan perkhidmatan kepada 30, 200 jemaah haji pada tahun ini.

Beliau berkata ia termasuk 63 penolong pegawai perubatan serta 66 jururawat, di samping pegawai pergigian dan farmasi, juru x-ray, pakar pemakanan serta pegawai makmal dan fisioterapi.

“Di Makkah, kita mempunyai Pusat Rawatan TH Syisyah dengan memuatkan kapasiti 197 katil termasuk satu bilik pengasingan bagi kes berjangkit.

“Sementara di Pusat Rawatan TH di Hotel Abraj Al-Janadriyah disediakan 34 katil, manakala di Pusat Rawatan TH Al Jaffery di Madinah, kita sediakan 37 katil bagi memberi rawatan terbaik kepada pesakit dalam kalangan jemaah haji,” katanya kepada pemberita di Pusat Rawatan TH Syisyah di sini.

Dalam pada itu, Dr Mohammad Faid berkata TH turut menyediakan klinik di setiap tiga zon penginapan di Madinah, manakala 22 klinik di maktab penginapan di Makkah.

“Kesemua kes boleh dirujuk di pusat rawatan di Makkah dan Madinah kerana kami mempunyai pelbagai doktor pakar kecuali kes melibatkan bantuan pernafasan kronik serta memerlukan pemindahan darah.
“Kes seumpama itu akan dirujuk ke hospital di Arab Saudi untuk rawatan lanjut…begitu juga bagi pembedahan patah tulang,” katanya.

Selain pusat rawatan dan klinik, beliau berkata TH juga mempunyai pasukan perubatan di terminal Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz Jeddah dan Lapangan Terbang Antarabangsa Prince Mohammad Abdulaziz di Madinah.

“Kita turut memberikan perkhidmatan rawatan dan kecemasan di hentian rehat Jumum, iaitu laluan antara Madinah dan Makkah. Jika ada jemaah kurang sihat, pasukan perubatan ini sedia memberi rawatan di lokasi tersebut,” katanya.

Dr Mohammad Faid berkata pasukan perubatannya turut mengenal pasti jemaah haji yang menghadapi risiko kesihatan dan akan membantu mereka semasa wukuf di Arafah.

Pada masa sama, beliau menasihatkan jemaah supaya menjaga kesihatan termasuk banyakkan minum air, elak terdedah terlalu lama di bawah cuaca panas , makan ubat ikut jadual dan memakai topeng penutup muka, manakala mereka yang menghidap diabetes perlu sentiasa memakai selipar ataupun kasut.

Sementara itu, beliau berkata jumlah pesakit luar yang menerima rawatan di pusat rawatan dan klinik TH pada minggu lepas sahaja, adalah 6,481 orang dan majoritinya berkaitan jangkitan pada saluran pernafasan, serta masalah kulit dan sakit otot atau sendi.

“Jemaah yang telah dirawat di tiga pusat rawatan TH adalah 125 orang, manakala 17 lagi dirujuk ke hospital di Arab Saudi berikutan masalah jantung dan luka serius akibat penyakit diabetes, selain jangkitan kuman dalam paru-paru,” katanya. – BERNAMA

Tags: jemaah hajiPerubatan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

182 Bakal Jemaah Terpedaya Dapat Surat Tawaran Haji Palsu

182 Bakal Jemaah Terpedaya Dapat Surat Tawaran Haji Palsu

06/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Seramai 182 bakal jemaah haji yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) petang semalam dan kelmarin,...

138 Jemaah Haji Indonesia Meninggal Dunia Di Arab Saudi

138 Jemaah Haji Indonesia Meninggal Dunia Di Arab Saudi

18/06/2024
0

JAKARTA : Sekurang-kurang 138 jemaah haji Indonesia telah meninggal dunia di Arab Saudi pada musim haji tahun ini, menurut Konsulat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd