• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gempa Bumi Kuat Landa Sumatera, JB Bergegar

oleh AK-47
15/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Gegaran turut dialami pada pagi Ahad di sini apabila gempa bumi dengan kekuatan 6.4 magnitud melanda Sumatera Selatan, Indonesia pada 11.08 pagi.

Baca: Gempa Bumi Kuat Landa Selatan Sumatera

Pegawai perhubungan awam Jabatan Bomba dan Penyelamat (Bomba) Johor, Mohamad Riduan Akhyar berkata, dua penduduk dalam dua bangunan merasai gegaran tersebut.

Tambahnya, bangunan berkenaan adalah Menara Kastam di Tebrau dan Lembaga Hasil Dalam Negeri di Tampoi.

“Kami menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.23 pagi dan anggota segera dihantar ke kawasan yang terlibat.

“Kesemua yang ada dalam kedua-dua bangunan sudah dipindahkan atas langkah keselamatan,” katanya melalui kenyataan yang dikeluarkan di sini pada Ahad.

Katanya, tiada kecederaan dilaporkan berlaku.

Sementara itu, Bernama melaporkan, menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa itu berpusat di 78km barat daya Bengkulu, Indonesia dan 636km barat daya Pontian, Johor.

Bagaimanapun, ia tidak membawa ancaman tsunami. – mStar Online

Tags: gempa bumijohor bahrusumatera
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Yang di-Pertuan Agong, Pemangku Sultan Johor Sertai Sesi Fotografi di Istana Besar Sempena Ulang Tahun Ke-80 UMNO

Yang di-Pertuan Agong, Pemangku Sultan Johor Sertai Sesi Fotografi di Istana Besar Sempena Ulang Tahun Ke-80 UMNO

11/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke sesi fotografi di Tangga Selat Istana Besar di sini...

Tunku Mahkota Ismail Hadir Jamuan Teh Bersama Rakyat

Tunku Mahkota Ismail Hadir Jamuan Teh Bersama Rakyat

09/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan berangkat ke Jamuan Teh Bersama Rakyat Daerah Johor Bahru, Pontian,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd