• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penumpang Terperangkap: Tiger Sky Tower Ditutup

oleh Ahmad Albab
14/08/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Menara berputar Tiger Sky Tower di Sentosa di sini ditutup selepas 39 penumpang termasuk empat kanak-kanak dan seorang operator terperangkap lebih empat jam di menara itu pada petang semalam.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira 5.30 petang itu, Sky Tower yang boleh membawa 55 penumpang pada satu-satu masa tiba-tiba berhenti pada ketinggian 30 meter ketika sedang menaik.

“Sila ambil maklum bahawa Tiger Sky Tower ditutup sehingga diberitahu kelak,” menurut laman web Sentosa.

Menurut Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dalam kenyataan di Facebook semalam, kabin penumpang Sky Tower itu dibawa turun secara mekanikal kira-kira pukul 9.45 malam.

“Tiada kecederaan dilaporkan,” katanya.

Channel NewsAsia melaporkan Sky Tower akan bekerjasama dengan Pihak Berkuasa Bangunan dan Pembinaan untuk memutuskan bila mereka akan mendapat permit operasi untuk meneruskan operasi menara itu.

“Kami mengambil keputusan untuk menggantung operasi sehingga kami tahu apa yang berlaku supaya kami dapat memastikan daya tarikan ini akan terus beroperasi dengan selamat,” kata Pengarah Sky Tower Alexander Melchers.

Pada ketinggian 131 meter dari aras laut, pemandangan panorama di sekitar Sentosa dan pulau-pulau di selatan Singapura serta negara jiran Malaysia dan Indonesia dapat diihat dengan menaiki Sky Tower selama tujuh minit.

Ia dikatakan menara pemerhatian tertinggi di Singapura.

Ini merupakan kali ketiga operasi Sky Tower terpaksa ditutup yang mana kali pertama dan kedua berlaku pada 2010. – BERNAMA

Tags: penumpangSingapura
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

09/04/2026
0

REMBAU - Pemimpin negara lain diharap tidak membuat kenyataan berhubung pendekatan Malaysia dalam mendepani isu sekatan di Selat Hormuz. Menurut...

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

08/04/2026
0

SINGAPURA, 8 Apr - Singapura menegaskan tidak akan terlibat dalam sebarang rundingan dengan Iran berhubung laluan selamat kapal atau kadar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd