• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Raja Saudi Taja Haji 1,000 Waris Palestin Dibunuh Israel

oleh
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

RIYADH – Persiapan kini sedang giat dijalankan bagi menyambut ketibaan 1,000 saudara-mara kepada warga Palestin yang mati dibunuh oleh tentera rejim Israel, bagi menunaikan ibadah haji.

Kumpulan tersebut juga akan disambut sebagai tetamu istimewa Raja Arab Saudi sendiri, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud, menurut laporan eksklusif portal berita berbahasa Inggeris tempatan, Arab News di sini semalam.

Abdullah Al-Madalj, setiausaha agung kepada baginda dan merupakan Setiausaha Agung bagi urusan haji dan umrah, memaklumkan tajaan khas Raja Arab Saudi itu termasuk penginapan, pengangkutan dan makanan.

Program tersebut, yang sudah berlangsung sejak sembilan tahun lalu, sebenarnya dilakukan untuk menghargai sikap keperwiraan rakyat Palestin yang terkorban semasa menegakkan hak mereka mempertahankan tanah air.

Abdullah turut berkata bahawa menjadi tuan rumah kepada keluarga mereka diharap dapat meringankan perasaan keperitan waris terbabit selepas kehilangan orang yang tersayang akibat dibunuh zalim oleh tentera Zionis Yahudi.

“Usaha murni ini juga sebagai lanjutan sokongan berterusan oleh pihak kerajaan Arab Saudi kepada perjuangan suci warga Palestin yang mati syahid,” kata beliau lagi kepada Arab News. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Arab SaudiHajiPalestin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Arab Saudi Dilapor Perluas Kilang Peluru Berpandu 200 Kilometer Dari Riyadh

Arab Saudi Dilapor Perluas Kilang Peluru Berpandu 200 Kilometer Dari Riyadh

27/10/2026
0

Oleh Mynewshub Kemudahan baharu dijangka berpotensi menyokong pengeluaran seawal penghujung 2026, namun jenis peluru berpandu dan kerjasama dengan Beijing belum...

Mekah Terus Dikawal Dengan Sistem Pertahanan Udara Ultra Moden

Mekah Terus Dikawal Dengan Sistem Pertahanan Udara Ultra Moden

24/05/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  ARAB SAUDI sekali lagi menunjukkan tahap kesiapsiagaan luar biasa menjelang musim Haji 2026 apabila Kementerian Pertahanannya menayangkan video...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd