• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PCM Pertikai Tiada Tindakan Ke Atas Kilang Haram

oleh AK-47
14/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT MERTAJAM – Parti Cinta Malaysia (PCM) hari ini mempersoal mengapa Majlis Perbandaraan Seberang Perai (MPSP) tidak mengambil tindakan ke atas kilang memproses serbuk kayu yang beroperasi secara haram di Sungai Lembu di sini sejak 10 tahun lepas walaupun kilang itu tidak mengikut peraturan yang ditetapkan.

Timbalan Presidennya Datuk Huan Cheng Guan berkata berdasarkan maklumat daripada sumber yang boleh dipercayai, MPSP telah beberapa kali menolak permohonan kilang itu untuk beroperasi di kawasan berkenaan termasuk yang terbaru pada 23 Nov lepas.

“Berdasarkan maklumat, pemilik tanah itu tidak pernah memohon untuk menukar status tanah yang dikategori sebagai pertanian kepada industri malah mereka (pemilik kilang) juga tidak menghantar pelan kerja tanah, pelan parit serta laporan penilaian kesan awal kepada alam sekitar untuk membina kilang di situ.

“Pada 23 Nov lepas, MPSP telah mengarahkan kilang itu ditutup tetapi sehingga semalam selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu, ia masih beroperasi. Saya pelik mengapa MPSP tidak mengambil sebarang tindakan,” katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan demonstrasi aman membantah kewujudan kilang haram di Sunga Lembu itu.

Beliau berkata orang ramai digesa untuk terus membuat laporan kepada SPRM jika mempunyai maklumat berhubung aktiviti kilang yang beroperasi secara haram.

Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh Datuk Mohd Zaidi Mohd Said berkata banyak kilang haram yang berselindung di sebalik status tanah pertanian wujud di kawasan Seberang Perai.

Beliau berkata pihaknya juga sudah mengenal pasti sekurang-kurangnya lapan lokasi berstatus tanah pertanian di sekitar Seberang Perai yang dibangunkan sebagai kawasan perusahaaan dan akan mendedahkan lebih banyak maklumat kepada SPRM berhubung salah laku pihak tertentu yang melindungi industri kilang haram.

“Kami berterima kasih kepada SPRM kerana menyiasat perkara itu memandangkan isu ini sudah lama dibangkitkan penduduk setempat namun tiada tindakan diambil,” katanya.

Semalam, SPRM mengambil beberapa dokumen dari pejabat MPSP di Bandar Perda di sini bagi membantu siasatan berhubung kes sebuah kilang memproses serbuk kayu yang beroperasi secara haram di atas tanah berstatus tanah pertanian di Sungai Lembu sejak 10 tahun lepas.

Hari ini SPRM mengunjungi pejabat exco kerajaan negeri Phee Boon Poh di Komtar dan merampas beberapa dokumen dipercayai berkaitan siasatan kes itu serta menahan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri itu ketika memberi keterangan di pejabat SPRM negeri bagi membantu siasatan kes itu.

Turut ditahan bagi membantu siasatan ialah dua pengarah syarikat yang juga pemilik kilang berumur 70 dan 37 tahun.

Isu berhubung kilang haram itu pernah dibangkitkan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti daripada PKR Dr Norlela Ariffin pada persidangan Dewan Undangan Negeri yang mendakwa banyak kilang haram dibiar beroperasi di Penanti tanpa tindakan lanjut oleh kerajaan negeri. – BERNAMA

Tags: Datuk Huan Cheng Guan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd