• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Tanpa Identiti Ditemui Mati Berlumuran Darah

oleh AK-47
12/08/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

CYBERJAYA – Seorang lelaki tanpa pengenalan diri ditemui mati dalam keadaan berlumuran berdarah di tepi jalan berhampiran bangunan lot kedai di Persiaran Apec, Cyberjaya di sini hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang Supt Baharudin Mat Taib berkata mangsa ditemui oleh orang awam yang melalui kawasan terbabit dan kemudian menghubungi Balai Polis Cyberjaya.

“Pemeriksaan pada tubuh si mati juga tidak menjumpai apa-apa pengenalan diri dan pihak polis masih tidak dapat mengesahkan identitinya,” katanya.

Kes tersebut diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu kes bunuh, katanya.

“Polis memohon orang ramai yang kehilangan ahli keluarga atau mempunyai sebarang maklumat berkait kejadian tersebut supaya tampil membantu siasatan,” katanya.

Sebarang maklumat atau pertanyaan boleh berhubung terus dengan pegawai penyiasat ASP Megat Nazaruddin Megat Idris di talian 019-3883848 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang di talian 03-87774222.  – BERNAMA

Tags: Supt Baharudin Mat Taib
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd