• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kartunis Lengkuas Meninggal Dalam Usia 53 Tahun

oleh
11/08/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KARTUNIS Lengkuas yang popular dengan karya ‘Mat Despatch’ dan ‘Yob Peon’ meninggal dunia kira-kira pukul 11.30 pagi Jumaat di Hospital Selayang, Selangor dalam usia 53 tahun.

Menurut beberapa laporan portal tempatan, berita sedih mengenai kematian pelukis kartun profesional majalah satira popular tempatan Ujang dan Lanun itu turut disampaikan menerusi akaun Facebook Bekazon.

“Kami baru sahaja dapat berita kartunis Lengkuas telah kembali ke rahmatullah pagi tadi, Allahyarham merupakan seorang yang berjasa pada industri komik tempatan dan sahabat yang tidak pernah putus asa.

“Inna lillahi wa inna ilaihi rojiun. Semoga arwah dirahmati Allah SWT dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Amin,” tulis pentadbir laman sosial itu.

Allayarharham Lengkuas atau nama sebenarnya Zainuddin Saleh, dipercayai meninggal dunia akibat komplikasi darah tinggi dan buah pinggang. Beliau mempunyai pengalaman berkarya selama lebih 30 tahun.

Dalam pada itu, adik iparnya, Sabri Sab, 30, berkata, Allahyarham dipercayai meninggal dunia akibat komplikasi dua penyakit tersebut selepas dua hari dimasukkan dalam wad pesakit hospital berkenaan.

Malah Allahyarham kelihatan sihat sebelum dimasukkan ke hospital berkenaan untuk menjalani dialisis dan tiada perubahan sikap yang ditunjukkan.

“Dia mengalami masalah buah pinggang kira-kira tiga tahun lalu namun dia memang seorang yang takut untuk ke hospital,” katanya ketika ditemui di rumah Allahyarham di Taman Batu Muda, Gombak, hari ini.

Menurutnya, Allahyarham meninggalkan seorang balu dan tiga anak berusia 10 tahun dan kembar 15 tahun. Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Batu Muda selepas Asar, hari ini.

Pengurus Operasi Majalah Bekazon, Azrul Izar Abd Wahab dalam pada itu berkata, pemergian Lengkuas disifatkan sebagai satu kehilangan yang sangat besar dalam industri kartunis.

“Arwah antara kartunis kegemaran bagi peminat komik sekitar tahun 1990-an dan seiring dengan kartunis terkenal seperti Gayour, Sukun, Bendi dan Nik.

“Semalam, sepatutnya arwah pergi ke Kedah untuk menyempurnakan satu karnival keusahawanan di sana namun dia terpaksa ditahan di hospital.

“Allah SWT lebih menyayanginya dan dia kembali ke Rahmatullah pada hari yang mulia pada hari Jumaat,” katanya yang turut hadir. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: kartunKartunisLengkuas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kartunis Aie Meninggal Dunia

28/06/2021
0

KUALA LUMPUR - Kartunis Aie atau nama sebenarnya Shaari Sulong yang terkenal dengan karya 'Áku Hidup Dalam Blues' meninggal dunia...

“Bila Saya Melukis, Saya Lukis Semua Orang” – Lat

29/08/2019
0

KUALA LUMPUR - Nama Lat sinonim dengan dunia kartun negara ini dan beliau juga ikon keharmonian kaum di Malaysia kerana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd