• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Asing Cawan Di Sekolah Tak Gambar Islam Sebenar

oleh AK-47
11/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LUMUT – Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menyifatkan dasar sebuah sekolah kebangsaan di Hulu Langat, Selangor yang mengasingkan cawan pelajar Islam dan bukan Islam sebagai mendukacitakan dan tidak menggambarkan ajaran Islam yang sebenar.

Beliau berkata perkara seumpama itu tidak sepatutnya berlaku terutama di dalam negara yang hidup dalam suasana kepelbagaian dan berharap perkara seumpama tidak berlaku di Perak.

“Ini seolah-olah kita nak menggambarkan bahawa Islam keras dan tidak bertoleransi langsung sedangkan Islam adalah agama sifatnya kesejahteraan kepada semua.

“Kita tidak mahu perkara ini berlaku di Perak dan saya tidak suka ada pihak yang cuba memisahkan kehidupan kita iaitu kehidupan bernegara,” katanya dalam sidang media pada Majlis Pecah Tanah Projek Perumahan Elemen @Seri Manjung di Kampung Datuk Seri Kamarudin, di sini hari ini.

Semalam, sebuah portal berita melaporkan sekolah berkenaan telah meletakkan label ‘Murid Islam’ dan ‘Murid Bukan Islam’ pada setiap cawan yang diletakkan bersebelahan mesin pembahagi air  di  sebuah blok bangunan di sekolah itu dipercayai untuk kegunaan murid-murid.

Laporan itu turut memetik kenyataan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria yang menyifatkan perkara tersebut  berunsurkan perkauman selain mendorong kebencian dan penghinaan terhadap kaum lain.

Mengenai majlis itu, Zambry berkata projek rumah mampu milik berkenaan merupakan inisiatif kerajaan negeri untuk memberi peluang kepada golongan kurang berkemampuan memiliki rumah.

“Perak antara negeri terbaik dari segi pemilikan harta termasuk pemilikan rumah dalam kalangan rakyat berbanding negeri yang berpendapatan tinggi yang lain,” katanya.

Projek perumahan itu melibatkan pembinaan dua blok bangunan pangsapuri 14 tingkat yang menawarkan 208 unit kediaman berharga antara RM170,000 dan RM200,000.

Projek bernilai RM40 juta yang dilaksanakan oleh Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan itu dijangka siap pada 2020, katanya. -BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Saya Akan Dapatkan Maklumat Daripada Pihak UM” – Zambry

“Saya Akan Dapatkan Maklumat Daripada Pihak UM” – Zambry

16/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan mendapatkan maklumat daripada Universiti Malaya (UM) berhubung isu adegan ranjang dalam sebuah...

Rumah Terbuka Tok Mat Di Rantau Meriah, Zambry Puji Sambutan Luar Biasa

Rumah Terbuka Tok Mat Di Rantau Meriah, Zambry Puji Sambutan Luar Biasa

29/03/2026
0

RANTAU – Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd. Kadir memuji kemeriahan majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Menteri Luar, Mohamad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd