• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, April 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wakil Labuan Temui Zahid Bincang Isu Pembangunan

oleh AK-47
11/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LABUAN – Anggota Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli mengunjungi Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Zahid Hamidi berhubung perkembangan isu berkaitan pusat kewangan antarabangsa Malaysia di Labuan, pada Khamis.

Perjumpaan di pejabat timbalan perdana menteri di bangunan Parlimen itu bertujuan  memberi penerangan kepada Zahid  mengenai pelbagai isu melibatkan pulau bebas cukai itu serta penduduknya.

“Saya berterima kasih kepada TPM kerana di sebalik kesibukan jadual tugasnya, beliau meluangkan masa untuk mendengar perkembangan tentang pulau  ini,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di Kuala Lumpur hari ini.

Rozman, yang juga Pengerusi Perbadanan Labuan, berkata Zahid diberi penerangan mengenai pelbagai perkembangan isu termasuk potensi pembangunan serta prestasi sektor pelancongan pulau itu.

“Sebagai pengerusi Pasukan Petugas Khas Labuan yang baru  dibentuk, saya juga memberi penerangan terperinci kepada beliau berkenaan Pelan Induk Pembangunan Labuan yang bakal dilancar, menggariskan tentang pembangunan masa depan pulau itu.

Rozman berkata beliau juga mengetengahkan beberapa langkah jangka pendek yang diambil pada mesyuarat petugas khas itu untuk perhatian Zahid bagi meringankan masalah ekonomi dihadapi rakyat yang hilang pekerjaan akibat kemerosotan sektor minyak dan gas serta ekonomi global secara menyeluruh. – BERNAMA

Tags: Datuk Rozman IsliIsu Pembangunan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MP Labuan Gagal Batal Tuduhan Guna Kedudukan

04/04/2022
0

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli, hari ini gagal dalam permohonan untuk membatalkan pertuduhan menggunakan kedudukan mendapatkan kontrak...

Rozman Ikrar Terus Wujudkan Perubahan Di Labuan

03/05/2018
0

LABUAN - Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli berikrar akan terus melakukan transformasi terhadap landskap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd