• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gangguan Bekalan Air Di Rawang, Gombak 15 Ogos

oleh AK-47
11/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Beberapa kawasan di Rawang dan Gombak akan mengalami gangguan bekalan air sementara berikutan kerja-kerja penggantian perkakasan sistem agihan, masing-masing di Kolam Air Batu 19 ¼, Rawang dan Taman Melawati, di sini Selasa depan (15 Ogos).

Ketua Jabatan Komunikasi Korporat Kumpulan Air Selangor Amin Lin Abdullah dalam kenyataan berkata kerja-kerja penggantian perkakasan di Rawang bermula pada 8 pagi Selasa depan sehingga 12 tengah malam keesokan harinya.

Gangguan bekalan air di 19 kawasan di Rawang melibatkan Bandar Country Homes, Jalan Kuala Garing, Kampung Sungai Bakau, Taman Teknologi, Kota Emerald, Puteri Heights, Taman Industri Rawang Integrated, Rawang Tin, Emerald West dan Taman Anggun 1, 2 dan 3.

Kawasan lain yang turut terlibat ialah Pusat Membeli-Belah AEON, Taman Desa Kuala Garing, Taman Garing Jaya, Taman Garing Permai, Taman Garing Utama, Taman Pelangi, Taman Velox, Taman Bayu Permai dan Rawang Indah.

Menurut kenyataan itu, satu lagi kerja penggantian perkakas turut dijalankan di Kolam Air Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung dan ia akan mengakibatkan keseluruhan Taman Bunga Raya mengalami gangguan bekalan air sementara bermula 8 pagi sehingga 10 malam Selasa depan.

Sementara itu, sebanyak 25 kawasan di Gombak akan mengalami gangguan air sementara bermula 10 malam pada Selasa depan sehingga 5 pagi keesokan harinya.

Kawasan terlibat ialah Jalan Taman Melawati, Jalan Taman Melawati 5, Jalan K1, Jalan K2, Jalan K3, Jalan K4, Jalan K5, Jalan K6, Jalan J1, Jalan J2, Jalan J3, Jalan J4, Jalan J5, Jalan J6, Jalan J7, Jalan J9, Jalan J10, Jalan J11, Jalan J12, Jalan J13, Jalan J14, Jalan J15, Jalan J16, Jalan Melawati 5A dan Jalan Melawati 5B.

Dalam perkembangan lain, Amin Lin berkata dakwaan berhubung terdapat gangguan bekalan air di kawasan Puncak Alam, Alam Perdana, Alam Jaya, Puncak Bestari dan Alam Suria bermula Sabtu depan (19 Ogos) hingga 25 Ogos ini seperti yang tersebar di media sosial adalah tidak benar.

Pengguna disaran untuk mendapatkan maklumat sahih dan terkini mengenai gangguan bekalan air dan kerja-kerja penggantian perkakasan sistem agihan air, dengan merujuk kepada lawan web www.syabas.com.myatau melalui aplikasi telefon pintar “mySyabas”. – BERNAMA

Tags: Gangguan Bekalan Air
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Gangguan Bekalan Air Daerah Batang Padang, Hilir Perak Dijangka Pulih Berperingkat Esok

Gangguan Bekalan Air Daerah Batang Padang, Hilir Perak Dijangka Pulih Berperingkat Esok

10/02/2025
0

IPOH : Gangguan bekalan air yang menjejaskan 50,000 akaun pengguna beberapa kawasan di dua daerah iaitu Batang Padang serta Hilir...

Empat Kawasan Di Balik Pulau Alami Gangguan Bekalan Air Malam Ini

Empat Kawasan Di Balik Pulau Alami Gangguan Bekalan Air Malam Ini

13/12/2024
0

GEORGE TOWN - Sebanyak 3,500 akaun pengguna melibatkan beberapa kawasan di Balik Pulau di sini akan mengalami gangguan bekalan air...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd