• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sindiket Sengaja ‘Lemaskan” Migran

oleh Ahmad Albab
11/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GENEVA – Sindiket pemerdagangan manusia didakwa sengaja mengakibatkan lebih 50 migran yang kebanyakannya remaja lemas di laut bergelora di luar pantai Yaman.

Tindakan tidak berperikemanusiaan dan kejam itu didedahkan Pertubuhan Migrasi Antarabangsa (IOM).

Menurut agensi tersebut, insiden menggemparkan itu berlaku selepas anggota sindiket terbabit memaksa lebih 120 pelarian dari Somalia dan Ethiopia terjun ke dalam laut kerana bimbang ditahan pihak berkuasa berhampiran pantai wilayah Shabwa di selatan Yaman.

“Kami turut menemui kubur cetek di tepi pantai mengandungi 29 mayat migran. Kira-kira 22 termasuk wanita dan kanak-kanak dilaporkan masih hilang,” demikian kenyataan yang dikeluarkan IOM.

Sementera itu, mangsa yang terselamat memberitahu, sindiket pemerdagangan manusia itu kembali ke Somalia dan meneruskan kegiatan mereka membawa migran ke Yaman menerusi laluan sama.

Laporan Independent.co.uk menyebut, Ketua Misi IOM di Sanaa, Laurent de Boeck menyifatkan tindakan itu sebagai tidak berperikemanusiaan dan memaklumkan kakitangan agensi terbabit telah menyediakan bantuan segera kepada migran yang terselamat.

Sejak Januari lalu, kira-kira 55,000 pelarian telah meninggalkan negara Tanduk Afrika untuk ke Yaman dengan tujuan untuk mencari pekerjaan di negara Teluk Parsi terbabit. – mStar Online

Tags: imigransindiket
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jadi Ejen Sindiket Pemalsuan Dokumen, Lelaki Myanmar Dipenjara 12 Bulan

Jadi Ejen Sindiket Pemalsuan Dokumen, Lelaki Myanmar Dipenjara 12 Bulan

22/01/2026
0

Melaka: Ejen sindiket pemalsuan dokumen warga Myanmar dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini, atas...

Dipaksa Jadi ‘Scammer’ Dan Didera, 5 Keluarga Rayu Anak Dibawa Pulang

Dipaksa Jadi ‘Scammer’ Dan Didera, 5 Keluarga Rayu Anak Dibawa Pulang

19/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Lima keluarga tampil merayu bantuan selepas anak mereka dipercayai menjadi mangsa eksploitasi dan pemerdagangan manusia di Taiwan serta...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd