• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hiasi Rumah Jadi Tema Negaraku Sehati Sejiwa

oleh AK-47
10/08/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Setiap tahun sejak hampir 20 tahun lepas, seorang peniaga, M. Kandapan tidak melepaskan peluang menghiasi kenderaan dan rumahnya dengan Jalur Gemilang  bagi meraikan sambutan kemerdekaan negara.

Bagi tahun ini, Kandapan, 57, yang sering mendapat perhatian media atas usahanya itu, melakukan kelainan dengan menambah pintu gerbang berserta tema ‘Negaraku Sehati Sejiwa’ di pintu pagar rumahnya.

“Pintu gerbang itu dilengkapi gambar kuntuman bunga raya di samping gambar pemimpin-pemimpin negara termasuk Bapa Kemerdekaan yang juga Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj.

Selain tertera ucapan ‘Selamat Hari Merdeka’, pintu gerbang tersebut turut dihiasi dengan beberapa kepingan gambar kenangan sambutan kemerdekaan yang diraikan saya pada setiap tahun sebelum ini,” katanya yang ditemui pemberita di rumahnya di Bandar Seri Alam, Masai, di sini hari ini.

Kandapan berkata selain pintu gerbang, beliau turut memasang 5,000 Jalur Gemilang bagi menghiasi rumah, kawasan halaman serta keretanya, tahun ini.

Mengenai aktiviti sempena bulan kemerdekaan, Kandapan berkata beliau turut dijemput oleh beberapa  sekolah bagi melakukan lawatan konvoi kemerdekaan sekali gus mengedarkan Jalur Gemilang kepada pelajar.

“Saya menerima sumbangan 500 helai Jalur Gemilang daripada sebuah persatuan tahun ini bagi menyemarakkan sambutan kemerdekaan ke-60 tahun,” katanya.

Kandapan berkata semangat patriotik beliau terhadap negara tidak pernah luntur malah semakin mendalam setiap tahun sehingga mendorongnya menghiasi kereta dan rumah bagi menyemarakkan bulan kemerdekaan.

Sehubungan itu Kandapan turut mengajak semua rakyat negara ini supaya bersama-sama mengibarkan Jalur Gemilang sebagai mengenang jasa pemimpin dan generasi terdahulu yang berjuang mengekalkan keharmonian negara. – BERNAMA

Tags: Negaraku Sehati Sejiwa
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd