• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

J/kuasa Khas Tangani Kegiatan Jenayah Pelajar IPTA

oleh AK-47
10/08/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Kementerian Pendidikan Tinggi mempunyai jawatankuasa khas untuk menangani awal penglibatan pelajar institusi pengajian tinggi awam dalam aktiviti jenayah termasuk militan.

Menterinya Datuk Seri Idris Jusoh berkata , jawatankuasa yang di bawah kendalian Ketua Pengarah dan Ketua Setiausaha kementerian akan mengadakan perjumpaan dengan pihak universiti sekerap yang mungkin bagi memberi penerangan tentang kegiatan terbabit.

Katanya, kementerian juga sentiasa berhubung dengan pihak berkuatkuasa bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai aktiviti berkenaan. Kita sentiasa berjumpa pihak universiti untuk berbincang mengenai persiapan yang perlu dilakukan di peringkat universiti, supaya ia tidak berkembang.

“Pada masa sama, kita cuba menanganinya di peringkat lebih awal,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mengadakan lawatan kerja ke Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di sini bagi meninjau kerjasama industri dan akademia, hari ini.

Beliau ditanya sama ada kementerian pernah menerima laporan mengenai kegiatan gangsterism, kongsi gelap di kalangan pelajar institusi pengajian tinggi awam setakat ini, serta percubaan pihak tertentu untuk merekrut pelajar dalam aktiviti militan.

Menurut Idris, pihaknya sentiasa memberi peringatan kepada pensyarah dan naib canselor universiti agar lebih peka dan bersiap sedia menangani isu itu. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Idris Jusoh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

100 Biasiswa Menteri Untuk Pelajar Terbaik Politeknik

25/04/2018
0

KUALA LUMPUR - Sebanyak 100 Biasiswa Menteri Pendidikan Tinggi ditawarkan kepada pelajar cemerlang politeknik yang menerima Anugerah Kecemerlangan Akademik dan...

Siswa Jaga Etika Dan Patuh Undang-Undang Berkempen

14/04/2018
0

PASIR MAS - Mahasiswa diingatkan supaya menjaga etika dan tidak melanggar undang-undang negara sekiranya mereka turut serta berkempen pada pilihan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd