• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemuda Sangkal Pelancaran ECRL Ketepi Patriotisme

oleh AK-47
10/08/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Pemuda UMNO Pahang hari ini menyangkal dakwaan majlis pecah tanah Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di sini semalam mengetepikan unsur-unsur patriotisme.

Ketuanya Mohd Shahar Abdullah berkata sebaliknya majlis yang disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu menonjolkan identiti Malaysia termasuk nyanyian lagu Negaraku, lagu Pahang selaku tuan rumah dan penggunaan bahasa Melayu sepanjang majlis.

“Bendera Jalur Gemilang kebanggaan kita dikibarkan di pentas utama dan bacaan doa pada awal majlis juga dibuat dalam bahasa kebangsaan.

“Malah juruacara juga menggunakan tiga bahasa iaitu bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan Mandarin sepanjang majlis berlangsung.

“Ucapan oleh (kedua-dua) perdana menteri dan Pengerusi Malaysia Rail Link Sdn Bhd (Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah) juga ada menggunakan bahasa Melayu.

“Tetapi sebagai menghormati tetamu yang tidak memahami bahasa Melayu, majlis juga menggunakan khidmat jurubahasa,” katanya menerusi aplikasi WhatsApp kepada Bernama di sini.

Mohd Shahar mengulas dakwaan pihak-pihak tertentu termasuk Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia bahawa majlis itu konon menghilangkan identiti negara.

Ini termasuk tohmahan acara tersebut tidak menonjolkan semangat patriotisme selain didominasi oleh bahasa bukan kebangsaan.

Mengulas lanjut, Mohd Shahar yang turut hadir pada majlis tersebut, berkata apa yang ditularkan menerusi media sosial itu hanya sebahagian daripada yang berlaku.

Pada masa sama, beliau meminta rakyat melihat aspek faedah yang akan dibawa ECRL termasuk peningkatan ekonomi setempat.

Beliau juga merujuk kepada persetujuan yang dicapai perdana menteri bahawa sekurang-kurangnya 30 peratus kontraktor Malaysia diberi peluang untuk terlibat dalam projek itu.

“Projek itu juga melibatkan persetujuan bahawa 3,600 pelajar kita diberi peluang untuk menimba pengetahuan berkaitan teknologi kereta api yang secara tidak langsung negara akan mempunyai golongan profesional dalam bidang itu pada masa depan,” katanya. – BERNAMA

Tags: ECRLPemuda UMNO Pahang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Curi Kabel ECRL: Dua Lagi Lelaki Berjaya Ditahan

Curi Kabel ECRL: Dua Lagi Lelaki Berjaya Ditahan

03/10/2025
0

TEMERLOH - Polis berjaya menahan dua lagi lelaki termasuk seorang warga asing dipercayai terlibat dalam kegiatan mencuri kabel Projek Laluan...

8 Kes Kecurian Kabel Tapak Projek ECRL Di Kuantan

8 Kes Kecurian Kabel Tapak Projek ECRL Di Kuantan

24/06/2025
0

Kuantan: Polis menerima lapan kes kecurian kabel membabitkan jumlah kerugian melebihi RM200,000 di beberapa tapak projek Laluan Rel Pantai Timur...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd