• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Royal Selangor Rancang Eksport Produk Ke Thailand

oleh AK-47
10/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pengeluar dan peniaga piuter, Royal Selangor International Sdn Bhd, kini mengadakan rundingan dengan beberapa pihak di Thailand, untuk mengeksport barangan kecil dan produk hadiah dalam masa terdekat ke negara berkenaan.

Pengarah Eksekutif, Yong Yoon Li berkata terdapat peminat barangan untuk filem blockbusters Star Wars dan rangkaian komik Disney, yang telah meminta beberapa produk untuk melengkapkan koleksi mereka.

“Hari ini, kami mengeksport ke lebih 20 negara termasuk China, United Kingdom, Amerika Utara serta Australia dan separuh daripada pendapatan kami datang dari pasaran eksport.

“Kami juga mempunyai lebih 40 cawangan di seluruh dunia, termasuk gedung sendiri seperti di London, Hong Kong, Singapura, Beijing, Melbourne dan Sydney,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian Pensijilan Rantaian Penjagaan (CoC) kepada syarikat di sini hari ini.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong.

CoC, yang berada di bawah Skim Persijilan Kayu Malaysia (MTCS), membolehkan Royal Selangor International melabel semua piuter menggunakan asas kayu bagi membuktikan pematuhan keperluan kelestarian.

MTCS merupakan skim pensijilan kayu negara untuk kelestarian yang dibangunkan dan dikendalikan oleh Majlis Persijilan Kayu Malaysia untuk mengesahkan bahawa produk kayu yang dikeluarkan atau diniagakan diperoleh daripada hutan yang diuruskan secara lestari. – BERNAMA

Tags: Yong Yoon Li
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd