• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiga Maut Dalam Kemalangan Jalan Raya

oleh Ahmad Albab
24/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Dua beranak dan seorang lelaki maut selepas kereta yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan jalan raya di Jalan Kota Baharu-Kuala Krai berhampiran Kem Desa Pahlawan di sini, Selasa.

Dalam kejadian 7.25 malam itu, Azmad Harun, 46, yang memandu kereta Honda City maut bersama anaknya Aidil Adib Alias, 14, akibat kecederaan parah di kepala.

Tiga lagi anak wanita tersebut, iaitu Aidil Azim, 11, dan Azra Afifa, 16, cedera ringan manakala Adam Aqif, 6, parah dan sedang menerima rawatan di Hospital Machang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ketereh Mohd Rafain Mat Zin berkata pemandu sebuah lagi kereta jenis Proton Iswara Tuan Iswadi Tuan Ismail, 41, meninggal dunia di hospital sama (Hospital Machang).

Katanya bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan itu kira-kira 7.30 malam tadi.

“Ketika pihak kami sampai, kesemua mangsa yang meninggal dunia berada dalam keadaaan tersepit. Kami mengambil masa selama 10 minit untuk mengeluarkan kesemua mangsa yang tersepit,” katanya ketika dihubungi di sini.

Ketika kejadian, kereta Honda City itu dalam perjalanan dari Kota Baharu ke Machang dikatakan bertembung dengan kereta Proton Iswara dari arah bertentangan.

Sementara itu, Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam Negeri Supt Azli Mat Nor ketika di hubungi mengesahkan kejadian. – BERNAMA

Tags: kemalangan maut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

03/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Pelawak dan pengacara terkenal, Harith Iskander menggesa masyarakat supaya tidak mempolitikkan tragedi kemalangan maut di Simpang Renggam...

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd