• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, April 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gerhana Bulan Separa Kelihatan Di Tanah Suci

oleh Ahmad Albab
09/08/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MAKKAH – Fenomena Gerhana Bulan Separa mula kelihatan di Tanah Suci pada 6.50 petang waktu tempatan Isnin (11.50 malam Isnin waktu Malaysia).

Jemaah yang berada di kawasan Masjidil Haram dan penduduk di sekitar kota suci Makkah dapat menyaksikan fenomena berkenaan dengan jelas selama kira-kira lima jam, dengan kemuncaknya pada 9.21 malam waktu Arab Saudi (2.21 pagi Selasa waktu Malaysia).

Fenomena yang djangka berlaku sekali lagi pada Julai 2019 itu, berakhir pada 11.30 malam (4.30 pagi waktu Malaysia).

Berikutan fenomena itu, diadakan solat sunat khusuf (gerhana bulan) di Masjidil Haram, dan diikuti bacaan khutbah kira-kira 15 minit yang disampaikan imam masjid itu.

Menurut portal astronomi amatur Malaysia falakonline, gerhana bulan separa berlaku apabila sebahagian daripada cahaya matahari yang jatuh pada permukaan bulan, telah terlindung oleh jasad bumi.

Secara amnya, gerhana ini berlaku apabila bumi berada di antara matahari dan bulan. Walaupun ia nampak seperti sebaris, jika dilihat dari satah ‘tepi’, bulan berada sedikit ke atas daripada garisan matahari dan bumi. Ini akan menyebabkan ia tidak akan dilindungi sepenuhnya oleh bayang-bayang bumi.

Daripada sudut pandangan Islam, berikutan fenomena itu, semua umat Islam disarankan menunaikan solat sunat khusuf di masjid atau surau berdekatan, bersedekah dan memperbanyakkan doa. – BERNAMA

Tags: gerhana bulanMekah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Insiden Kren Tumbang Mekah: Kumpulan Saudi Binladin Didenda RM 23.49 Juta

Insiden Kren Tumbang Mekah: Kumpulan Saudi Binladin Didenda RM 23.49 Juta

16/02/2023
0

DUBAI: Mahkamah di Mekah mengenakan denda sebanyak 20 juta riyal (RM23.49 juta) ke atas Kumpulan Saudi Binladin dan menjatuhkan hukuman...

Jemaah M’sia Mula Tiba Di Makkah

09/06/2022
0

Bumi Makkah akan mula dikunjungi jemaah haji Malaysia secara berperingkat bermula 8 malam, waktu Arab Saudi, pada hari ini. Ikuti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd