• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kereta ‘Terbang’, Rempuh Dua Penunggang Motosikal

oleh
08/08/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PERHATIKAN video berdurasi kurang dua minit ini betul-betul, macam mana kereta dari seberang jalan tu boleh terbalik? Ngeri kan? Apa pula nasib penunggang motosikal terlibat?

Menerusi video itu, memaparkan sebuah kereta berwarna hitam yang tidak dikenal pasti jenisnya telah terbabas lalu rempuh dua penunggang motosikal dalam satu kejadian di Woodland Avenue 12, Singapura semalam.

Menurut sumber, dalam kejadian yang berlaku sekitar 7.34 petang itu, pemandu kereta terbabit difahamkan berusaha mengelak daripada terlanggar sebuah kereta lain.

Ia bagaimanapun menyebabkan kereta itu terbabas lalu melanggar tiang lampu isyarat sebelum merempuh mangsa.

Jurucakap polis republik itu berkata, kemalangan ngeri itu telah melibatkan sebuah kereta, lori dan dua buah motosikal.

Insiden itu telah mengakibatkan seorang penunggang motosikal maut, empat lagi mangsa termasuk bayi berusia setahun cedera parah. Salah seorang mangsa merupakan rakyat Malaysia.

Bagaimanapun pemandu lori terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan.

Polis masih lagi menyiasat punca sebenar kejadian dan akan mengambil  keterangan daripada pemandu kereta berkenaan.

Video yang menjadi tular itu telah mendapat reaksi yang pelbagai daripada netizen sehingga mencetuskan rasa bimbang terutamanya dalam kalangan penunggang motosikal.

“Tu lah risiko motorsikal.. Kita beringat orang tak beringat, kita dah hati-hati jalan pula berlubang, kita dah habis perlahan kena langgar dek orang pula, time roadblock pula memang kaw-kaw kena check.. Kesian betul :(,” komen Mohd. Hardi.

“First moto tu kesian. Kena hentam kuat dengan kereta lepas tu kena gelek pulak dgn lori. Khabarnya mati. Tunggang moto slow pun kena juga. Malang tak berbau,” kata Yan Yan.

Video ngeri yang berdurasi satu minit itu sehingga kini menerima lebih 23,000 tontonan daripada netizen di laman Youtube.

Hmmm… kepada penunggang motosikal sentiasalah berhati-hatil ketika menunggang. Tapi ada masa tu bila kita dah berwaspada, orang lain pula yang buat hal. Haih! – MYNEWSHUB.CC/Amy Maizura

Tags: Jalan RayakemalanganSingapura
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Johor: DAP Sediakan Bas Bawa Pulang Pengundi Dari Singapura, Kuala Lumpur

PRN Johor: DAP Sediakan Bas Bawa Pulang Pengundi Dari Singapura, Kuala Lumpur

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU – DAP menyediakan perkhidmatan bas percuma untuk pengundi yang berada di Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Singapura pulang...

Calon BN Puteri Wangsa ‘Sekolahkan’ Dr. Maszlee Depan-Depan: “Jalan Raya Itu Jalan Persekutuan”

Calon BN Puteri Wangsa ‘Sekolahkan’ Dr. Maszlee Depan-Depan: “Jalan Raya Itu Jalan Persekutuan”

02/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Calon Pakatan Harapan (PH), Dr Maszlee Malik 'disekolahkan' secara depan-depan oleh calon Barisan Nasional (BN) berhubung perbezaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd