• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nama Unik Buat Rasmi Sering Diejek Di Sekolah

oleh AK-47
08/08/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NAMANYA yang sedikit unik dan lain dari yang lain ini membuatkan Rasmi Abdullah sedikit menonjol dari adik-beradiknya yang lain sejak di bangku sekolah lagi.

Menurutnya, nama yang diberi bapanya, Abdullah Magiri, 60, menjadikan Rasmi istimewa memandangkan dia merupakan anak sulung daripada empat beradik.

Walau pun begitu, wanita berusia 34 tahun ini berkongsi cerita dia sering diejek oleh rakan-rakan di sekolahnya kerana namanya yang pelik dan terlalu ringkas.

“Setiap kali ada majlis perasmian, mesti kawan-kawan kata, ‘juru acara panggil kau tu Rasmi, pergilah,” katanya.

Tambahnya lagi, dia turut berasa geram dengan usikan dan ejekan kawan-kawan pada mulanya, tetapi dia tidak terlalu mengendahkan usikan tersebut. Dia juga lebih suka berfikiran positif apabila ada di antara orang sekeliling mentertawakan namanya dengan menganggap namanya mudah diingati.

Dengan ejaan nama yang sangat ringkas seperti tidak cukup suku kata itu, Rasmi beranggapan tiada apa yang perlu dibimbangkan.

“Apa yang penting, kawan-kawan senang panggil nama saya… ini tak, ada nama sampai berbelit nak sebut dan menyusahkan semua orang.

“Bila orang terpaksa baca sampai dua, tiga kali nama saya yang tertera pada buku atau dokumen, saya pasti tolong bacakan betul-betul supaya mereka tak salah eja dan baca,” katanya.

Rasmi juga menyatakan byline atau namanya senang ditulis di dada-dada akhbar ketika dia menggalas tugas sebagai wartawan suatu ketika dahulu.

“Tapi bila dah berkerjaya, nama tu macam susah juga sebab tiap kali menemu ramah orang, mesti mereka ingat pemilik nama tu lelaki,” katanya memetik laporan sebuah akhbar.

Sejak menceburi bidang perniagaan pakaian terpakai, nama Rasmi sering disalah panggil menjadi ‘Resmi’ oleh pihak pembekal kerana lebih nampak keperempuanan.

Ibu kepada dua orang cahaya mata ini turut memberikan pandangannya terhadap nama-nama panjang yang diberikan pasangan ibu bapa kepada anak-anak kini sebagai lebih kepada mengikut trend peredaran zaman.

“Adik beradik lelaki saya pun nama pendek-pendek sahaja seperti Mubarak, 24, dan Mahadir, 27… cuma adik bongsu sahaja nama panjang sedikit iaitu Nursyuhadatul Ain, 16,” tambahnya lagi. – MYNEWSHUB.CC/Aisyah Karim

*Video sekadar hiasan…

Tags: nama unikRasmi Abdullah
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Sudah 57 Tahun, Hari-Hari Dipanggil Slamet Hari Natal

25/12/2019
0

JAKARTA - Slamet Hari Natal, bukanlah sekadar ucapan bersempena sambutan Hari Krismas di Indonesia, tetapi juga adalah pemilik nama kepada...

Nama Alhamdulillah Lanang Anakku Jadi Sensasi

19/05/2017
0

JAKARTA - Seorang murid di sebuah sekolah rendah di Surabaya ibu kota wilayah Jawa Timur, tiba-tiba popular menerusi laman sosial...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd