• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 15, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ijazah Sarjana Muda Akhirnya Milik Wany Hasrita

oleh AK-47
27/10/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BERGELAR anak seni bukanlah sesuatu perkara yang mudah jika terikat dengan komitmen lain. Bagaimanapun, itu bukanlah alasan untuk Wany Hasrita tidak menamatkan pembelajarannya.

Penyanyi dengan nama penuh Nurshazwany Hasrita Hasbullah itu akhirnya berjaya menggengam ijazah sarjana muda Sains Perubatan di Management & Science University (MSU) di Shah Alam, semalam.

“Alhamdulillah syukur, akhirnya saya konvo jugak sekali gus dengan rasminya berjaya memegang segulung ijazah sarjana muda dalam bidang Sains Perubatan,” katanya.

Wany, 25, yang popular menerusi lagu Menahan Rindu ini juga turut berkongsi detik-detik bersejarah tersebut di laman Instagramnya dengan memuat naik gambar-gambar yang lengkap berpakaian konvokesyen.

Wany juga dikatakan mempunyai hasrat untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana kelak.

“Seperti yang pernah saya katakan sebelum ini, saya akan tetap sambung pengajian ke peringkat sarjana namun bukanlah dalam waktu terdekat ini,” katanya dipetik laporan sebuah akhbar.

Penyanyi yang sedang meningkat naik ini juga menegaskan penangguhan hasrat untuk menyambung pengajian adalah kerana dia harus menyelesaikan misi-misi yang tertangguh sekali gus menepis dakwaan yang katanya dia sudah leka dengan industri.

“Saya akan tetap sambung pelajaran, namun saya harus menyelesaikan beberapa projek dan perancangan yang sudah diatur di dalam jadual.

“Justeru untuk tidak menganggu fokus, saya akan selesaikan ia satu persatu,” ujarnya.

Laman Instagram Wany juga dihujani dengan ucapan tahniah daripada peminat-peminatnya dan mendoakan agar dia terus berjaya dalam apa yang dilakukan.

Tambahnya lagi, pelajaran amat penting baginya kerana dia tidak boleh mengagak sampai bila dia masih boleh menempa nama di dalam bidang seni tanah air.

Baguslah kalau Wany berfikiran sebegitu, tak tinggalkan pelajaran dek populariti. – MYNEWSHUB.CC / Aisyah Karim

Tags: konvokesyenwany hasrita
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Ummi Nazeera Menari, Majlis Resepsi Kena Kecam

Next Post

Seorang Penumpang Bas Parah Dalam Kemalangan

Related Posts

UM Perjelas Punca Halang Graduan Sertai Konvokesyen

17/10/2019
0

KUALA LUMPUR - Universiti Malaya (UM) bertindak menghalang seorang graduan daripada menyertai istiadat konvokesyen semalam selepas didapati menghasut graduan lain...

Graduan Bawa Plakad Provokatif Dilarang Sertai Istiadat Konvo – UM

16/10/2019
0

KUALA LUMPUR - Seorang graduan Fakulti Perniagaan dan Perakaunan tidak dibenarkan menyertai sidang ketujuh Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya ke-59 semalam...

Next Post

Seorang Penumpang Bas Parah Dalam Kemalangan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd