• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penasihat Sains PM Wira Kepelbagaian Bio ASEAN

oleh AK-47
08/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penasihat Sains Perdana Menteri, Tan Sri Zakri Abdul Hamid hari ini menerima anugerah gelaran Wira Kepelbagaian Bio ASEAN, sempena sambutan Jubli Emas pertubuhan ASEAN.

Zakri yang merupakan Pengerusi Bersama MIGHT (Kumpulan Industri Kerajaan untuk Teknologi Tinggi) merupakan antara 10 penerima anugerah itu di Manila, Filipina.

Beliau telah memberikan pelbagai sumbangan dalam pembangunan kepelbagaian bio dan ekosistem di negara ini termasuk pemulihan dan kelestarian alam sekitar.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Malaysia, khususnya Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar untuk segala kepercayaan dan sokongan yang diberikan kepada saya.

“Mengungkap kembali kata-kata salah seorang pengasas ASEAN, Tun Abdul Razak, “Potensi kolektif, kekuatan bersama dan gabungan kemampuan untuk membina rantau dalam imej kita adalah tidak terbatas,” kata beliau selepas menerima penganugerahan itu.

Zakri juga telah membentuk rangka kerja mekanisme ‘Akses dan Faedah – Perkongsian Sumber-Sumber Genetik’ di Malaysia ketika beliau memegang jawatan Pengerusi Pasukan Petugas Kebangsaan pada 1998.

Dikenali sebagai pakar kepelbagaian bio, sejak tahun 2000, beliau bersama Sir Robert Watson telah menjadi Pengerusi Bersama Lembaga Penilaian Ekosistem Millenium Bangsa-Bangsa Bersatu (MA).

Anugerah Wira Kepelbagaian bio ASEAN merupakan program yang ditadbir oleh Pusat Kepelbagaian bio ASEAN di Filipina yang dibentuk untuk mengiktiraf individu-individu dari negara-negara ASEAN yang telah memberikan sumbangan dalam pemeliharaan kepelbagaian bio. – BERNAMA

Tags: Tan Sri Zakri Abdul Hamid
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd