• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

APMM Tahan Bot Nelayan Tempatan Langgar Syarat Perikanan

oleh AK-47
07/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LUMUT – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim (DM) 3 Lumut menahan sebuah bot nelayan tempatan kira-kira lapan batu nautika dari selatan Pulau Pangkor di sini, hari ini.

Pengarahnya, Kepten Maritim Wan Mat Wan Abdullah berkata Kapal Maritim (KM) Nyalau yang diketuai Leftenan Maritim Ahmad Shaifuruddin Jamaluddin itu juga turut menahan seorang tekong warga tempatan dan dua awak-awak warganegara Myanmar kira-kira pukul 11.20 pagi tadi.

Beliau berkata bot nelayan itu dipercayai dari Hutan Melintang dan ditahan ketika anggotanya sedang melakukan rondaan dan penguatkuasaan di perairan Malaysia.

“Hasil pemeriksaan mendapati bot tersebut telah menjalankan aktiviti menangkap ikan tetapi melanggar syarat-syarat yang dinyatakan di dalam lesen kerana menggaji warga asing tanpa kebenaran Ketua Pengarah Perikanan Malaysia.

“Kesemua warga Myanmar yang ditahan berumur antara 40 hingga 55 tahun itu masing-masing tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Wan Mat berkata kes itu merupakan kes ketiga berjaya dihidu kru KM Nyalau atas kesalahan yang sama dan kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imgiresen 1959/63.

“Bot bersama tekong dan awak-awak kemudiannya diiringi balik ke jeti Kampong Acheh untuk siasatan lanjut,” katanya.

Kata Wan Mat, pihaknya akan bertindak tegas terhadap bot nelayan tempatan yang didapati melanggar syarat lesen menangkap ikan. -BERNAMA

Tags: APMMKepten Maritim Wan Mat Wan Abdullah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

30/12/2025
0

Batu Pahat: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Batu Pahat mematahkan cubaan seludup masuk kira-kira enam tan bijih timah bernilai...

Kapal Kargo Karam, 15 Anak Kapal Berjaya Diselamatkan Di Perairan Terengganu

Kapal Kargo Karam, 15 Anak Kapal Berjaya Diselamatkan Di Perairan Terengganu

07/12/2025
0

KEMAMAN, 6 Disember – Seramai 15 anak kapal sebuah kapal kargo yang mengalami kebocoran serius ketika dalam pelayaran dari Lumut,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd