• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Halimah Yacob Buat Persiapan Tanding Jawatan Presiden

oleh AK-47
07/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Halimah Yacob hari ini meletak jawatan sebagai Speaker Parlimen Singapura  dan Anggota Parlimen untuk bertanding jawatan presiden bulan depan.

Anggota Parlimen bagi Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan (GRC) Marsiling-Yew Tee itu mengesahkan malam tadi beliau akan bertanding dalam pemilihan presiden, yang kali ini dikhaskan untuk calon Melayu.

“Pagi tadi, saya meletak jawatan sebagai Speaker Parlimen, Anggota Parlimen bagi GRC Marsiling-Yew Tee dan sebagai anggota People’s Action Party,” kata Halimah dalam catatan terbaru di laman Facebooknya.

Dalam catatan itu, Halimah juga melampirkan surat peletakan jawatan yang dikemukakan beliau kepada Perdana Menteri Lee Hsien Loong, yang juga setiausaha agung People’s Action Party (PAP).

Dalam catatannya, Halimah berkata beliau juga tidak akan lagi menjadi anggota Jawatankuasa Kerja Pusat PAP, pengerusi Kumpulan Senior PAP (PAP. SG) dan pengerusi PAP cawangan Marsiling.

Halimah merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada rakan sejawatannnya sebagai anggota Parlimen dan anggota PAP “atas sokongan berterusan serta persahabatan mereka dan kerana bekerjasama untuk menjadikan Singapura tempat tinggal yang lebih sejahtera untuk rakyat kita”.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakyat Singapura atas sokongan padu dan galakan yang telah mereka berikan. Saya amat terharu dan berbangga kerana rakyat Singapura daripada pelbagai lapisan kehidupan meminta saya menimbang untuk bertanding jawatan presiden.

“Saya berjanji tidak akan mengecewakan anda dan saya tidak sabar untuk terus berkhidmat untuk anda,” katanya.

Akhbar The Straits Times melaporkan bahawa Halimah juga menghantar sepucuk surat kepada Timbalan Speaker Charles Chong bagi meminta beliau menerajui Dewan, sehinggalah Speaker baharu dipilih.

Mengenai kerusi beliau bagi GRC Marsiling-Yew Tee, Menteri Pembangunan Nasional Lawrence Wong dilaporkan berkata pada Ahad bahawa beliau dan anggota Parlimen lain dalam GRC berkenaan – Alex Yam dan Ong Teng Koon – akan mengisi kekosongan dalam memberi khidmat kepada penduduk di kawasan yang sebelum ini diwakili Halimah. – BERNAMA

Tags: Halimah Yacob
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Presiden Singapura Jalan Di KL Macam Orang Biasa

04/01/2018
0

BERSAHAJA... Jika bulan lalu, Presiden Singapura, Halimah Yacob dikritik teruk ramai netizen antikerajaan hanya kerana kereta rasmi beliau tidak disaman...

Kereta Presiden Singapura Nyaris Disaman Polis Trafik?

23/12/2017
0

SINGAPURA - Ini mungkin lucu namun pihak berkuasa mengesahkan tiada saman bagi konvoi kereta Presiden Halimah Yacob yang menunggu di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd